Monday, March 23, 2015

Travel: Sungai Kemensah

Assalamualaikum wbt...
Cuti sekolah yang baru lepas ni, kami tak ke mana2 pun. Sebab anak2 je cuti, parents busy... huhu. So lakukanla aktiviti2 yang boleh habis dalam masa 1 hari. Salah satunya ke air terjun. 
Anak perempuan saya yang 7 tahun tu tak berapa suka air terjun/ sungai. Dia geli dengan pasir/batu. Sebab tu kami decide nak ke Sg Kemensah. Based on gambar2 dari blog lain, air terjun kat sini ditakung macam swimming pool. Lepas anak dah setuju, kami pun bertolak.

Lokasi: Belakang Zoo Negara. (Cuba cari GPS location, tp sini signal pun tarak)
Yuran masuk: Chalet RM130/day (free parking)

Ini pertama kali saya ke sana. Rasa blur jugak, boleh ke mandi tanpa sewa chalet. Rasa2 nya boleh je. Tapi jadi macam menyelit kat tepi2 rumah orang. Tempat yang kami pilih ni banyak chalet/gazebo. So kalau nak bentang tikar tu, tepi2 chalet orang la.

air terjun lain yang saya pernah pergi: Serendah, Ulu Yam, Sungai Tekala

Perjalanan

Kami bertolak lambat jugak, dalam 12.30 tengahari. Pick up adik di Wangsa Maju, baru ke air terjun ni.
Jalan sama macam ke zoo negara. Tapi jangan la masuk parking zoo tu, masuk ke laluan kecil sebelah kanan zoo. Terus saja sampai jumpa kawasan ni. Dalam 15-20 minit perjalanan.

ini gambar masa balik. Kita akan lalu kawasan kampung macam ni


laluan agak sempit. Seriau jugak bila selisih kereta

Makanan

Disebabkan malas terlalu rajin, kami tak masak apa pun. Bungkus jela apa2 yang dijumpai dalam perjalanan. Kami bungkus makanan dari salah satu kedai makan dalam kampung tu. Dah dekat pukul2 macam tu, cukup2 je lauk yang tinggal hehe. Kami belila semua lauk yang ada. Tambahan, suruh dia goreng telur mata 10 biji. 
Sebelah kedai makan tu pun ada kedai runcit, bolehla beli biskut2 dan air.

lunch kami. RM42 total hehe

Chalet

Macam yang saya cakap tadi, saya tak pasti boleh ke tak mandi tanpa sewa chalet. Tapi based on pemerhatian, ada je org yang bentang tikar tanpa chalet/gazebo.
1 lagi, masa parking tu orang yg jaga parking tu kata kalau sewa chalet, free parking.

Ada beberapa kawasan yang ada chalet ni. Mula2 sekali kami terus saja sampai hujung jalan, situ pun ada chalet. Tp 1 kawasan dah ditutup sebab ada aktiviti gathering. 1 kawasan lagi air nampak tak best, bertakung je. Chalet kawasan ni dia sewakan RM40 sebab kami sampai pun dah pukul2 lebih. Tapi disebabkan air nampak tak best, kami patah balik cari chalet lain.

ni gambar masa nak balik. Kereta kancil putih tu datang dari kawasan pertama kami pergi tadi. 

So sampailah kami ke chalet pakngah ni. Takla best sangat, tapi sebab malas nak patah balik, teruskan je. Kawasan pertama tadi chalet RM40 je, sini RM90 ooooo.. Itupun dah diskaun sbb dah pukul2. Kalau full day, rm130.

kami no.7. Tapi kenapa harga kami macam tak diskaun je. cisssss...
chalet kami
sebelah kiri chalet kami tu gazebo

Toilet dan salin baju
Chalet ni kosong je. Belakang chalet kami ni ada tempat salin baju dan toilet (asing). Kalau tak sewa chalet, bolehla salin baju kat sini.

pondok kecil tempat persalinan. ada 3 pintu, dan berpaip.

Parking
Kawasan pertama yg kami pergi tadi dan kawasan pak ngah ni, lebih kurang je parking. Tp disebabkan kawasan pertama tadi ada gathering, full la parkingnya. Boleh juga parking tepi2 jalan.

Kawasan pakngah ni ada toilet depan parking. Kat kawasan mandi pun ada toilet juga.

parking masih banyak
toilet di parking

Mandi manda
Lepas lunch dan solat, baru la kami terjun mandi. Itu la agenda utama pun. Tapi mandi dalam sejam lebih, dah berhenti huhu, Lagi menyayat hati, dalam pukul 4.30 macam tu hujan turun. Rasa macam rugi je sewa RM90 untuk 2 jam je. Rezeki tuan tanah lah ye.
Apa2 pun, jom tengok gambar2 kawasan mandi ni.

pandangan dari arah chalet

1 slide yang menjadi rebutan kanak2
  

 


  
batang pokok mati ni pun menjadi rebutan hehe
  

Itu saja perkongian saya kali ni. Terima kasih sudi baca.
























7 comments:

  1. Ada tempat bbq tak?

    ReplyDelete
  2. Chalet tu untuk.bermalama RM130?.
    Atau untuk sehari sahaja?

    ReplyDelete
  3. Tak ada air terjun ea.just air bertakung jelah kan ?

    ReplyDelete
  4. Saye berminat...saye nak booking untuk bercuti...0143603660

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya bukan owner tempat ni. saya pengunjung saja

      Delete