Tuesday, February 25, 2014

Travel: Langkawi - Feri dan Sewa Kereta

Assalamualaikum wbt.
Dah lama tak ke langkawi. Rasa2nya dalam 20 tahun lepas las pergi kot. Zaman budak2, semua parents uruskan. Memang tak ada 1 fakta pun dalam otak ni. yang saya ingat beras terbakar n makam mahsuri hehe...

secara ringkas aktivi kami kat sana:

26/1/2014 (Ahad)
- naik feri ke langkawi
- pekena laksa power
- tidur hehe

27/1/2014 (Isnin)
- Island Hopping
- shopping cekelat
- dataran Lang

28/1/2014 (Selasa)
- Oriental Village - Cable car dll
- pantai cenang (sunset)

29/1/2014 (Rabu)
- bertolak balik

26/1/2014 (Ahad)
Kami sampai jeti kuala perlis lebih kurang 12.10. sebenarnya sampai lebih awal, tapi gi toilet lah, round2 pilih parking lah..... so 12.10 baru sampai kaunter tiket. terlepas lah feri pukul 12 huhuhu..... next feri 1.30 petang. nak pi makan dulu pun malas, maka kita lepak2 saja kat dalam jeti tu.


singgah masjid, tumpang toilet. tak boleh parking sini ye... kena tow nanti

kalau rajin nak bawa kereta sendiri ke langkawi pun boleh. kalau tak silap kereta sedan dalam RM300 (return), dan MPV dalam RM400 (return). tiket penumpang pun kena bayar ye... proses nak masuk kereta, dan perjalan sampai ke Langkawi makan masa dalam 3-4 jam rasanya. Lain kali boleh try ni.. sebab sewa kereta sana dah RM300. nak beli barang banyak2 pun tak boleh sebab fikir nak naik feri. kalau kereta sendiri senang hatilah nak shopping kan...

Parking di Jeti
Banyak parking sekitar jeti ni. pandai betul bisnes orang2 sini ye. so saya ambil parking berbumbung, caj RM10/day. dia kira 4 hari, maka RM40 lah. terus bayar dan simpan resit utk collect kereta nnt ye. Parking saya ni memang sebaris dengan jeti, dalam 50 meter kot jalan. tak perlu cross the road.


ni parking pilihan kami


dah siap park. yeayyyyyy
Feri
Tambang dewasa RM18/way. kanak2 RM13/way


hari ahad tak ramai orang ke Langkawi. tp dari Langkawi ramaiiiiiii

Kereta Sewa
Saya sampai sana Ahad dalam pukul2. So memang off peak. Sebelum ke Langkawi ni, saya ada survey jugak nombor2 sewa kereta. buat perbandingan. tapi takla terus book. konon2 sampai Langkawi baru nak sewa.

Mas di jeti pun ada offer kereta sewa di kaunter tiket. harga lebih kurang yg saya survey la. kita bayar, nanti sampai Langkawi kereta dah tunggu. tapi saya risau jugak, betul ke tak benda tu kan. tapi insyaAllah boleh dipercayai.

Dipendekkan cerita, saya tak book awal2. saya imagine sampai sana mesti ramai penyewa kereta approach. tapi...... ada sorang je approach saya huhu. mahal la jadinya. Sewa SAGA FLX (auto) RM70/day. Kalau ikutkan survey saya boleh dapat VIOS dgn harga tu huhu. Dia kira 4 hari (ahad-rabu) RM300 (RM250 sewa +RM50 deposit). kereta pun hidup segan mati tak mahu hahahaha....

kereta sewa kami yg hebat ya amat!!!

Laksa Power
Lepas dapat kereta, konon2 nak singgah dataran Lang dulu sbb sebelah je dengan jeti. tapi tersalah masuk jalan, so marilah kita ke hotel. Pasal hotel story kemudian ye.
Hotel kami dekat sangat2 dengan laksa power ni. sebelah je dengan airport. so terus lunch disini.
saya and husband mmg peminat laksa. tp bagi saya rasa dia biasa2 je. tapi husb kata sedap luar biasa. so yg mana satu?? tepuk dada tanya selera noooo

lokasi laksa power: pantai cenang berdekatan airport
tediaaaaa laksa power baq angggggggg


selain laksa power, ada jugak nasik ayam madu, pasembur dll. semua dalam van2 putih tu. area pantai cenang ni tak ada apa attraction pun. pantai sebelah tu tak boleh mandi kot. ada pantai cenang satu lagi ye...... nak ke area ni, cari airport je.  sambil makan laksa, boleh tengok kapal terbang naik/turun.
p/s: toilet pun takde ye kat sini....

ok, next entry pasal hotel pulak. terima kasih sudi baca.


3 comments:

  1. Kereta hidup segan mati tak mau??? Hahaha. Kalau datang bercuti ke Lembah Klang boleh hubungi kami untuk dapatkan Kereta Sewa. Harga dijamin Murah dan berpatutan. Kereta pun tip top bukan hidup segan mati tak mau, hehe :)

    ReplyDelete
  2. mahalnya hrga keta 2.. patutnya kira 3ari je 2... bkn 4

    ReplyDelete
  3. company mane keta 2?

    ReplyDelete