Tuesday, December 17, 2013

Travel: Lost World of Tambun

Assalamualaikum wbt.....
Dah lama tak ke tambun.kali ni kali ke3 rasanya.boleh dikatakan LWOT ni water themepark yg paling saya suka sebab all-in-1. Ada pool,zoo,muzium,game

attraction yang diambil dari website LWOT 

tempat wajib bergambar
1.lokasi
Lokasi adalah di Tambun,Ipoh.dalam 2 jam lebih jugakla dari shah alam.

2.Harga tiket
Kalau dikira memang tiket LWOT ni semakin mahal.sesuaila dengan penambahbaikan yg dibuat. Saya beli online. So ada diskaun sikit.
harga online tickets
sampai sana, pergi kaunter untuk dapatkan wristband ni. ada kaunter khas untuk online purchase. tak perlu Q up panjang2.
Macam2 lagi tiket yang boleh dibeli online untuk aktiviti2 di sana. ada jugak tiket yang pakej waterpark dan lunch sekali. pilihlah yang berkenan di hati.

3. Boleh bawa masuk makanan ke?
Jawapan yang betul adalah tak boleh. tapi pandai2lah ye... sebab orang tu tak check sangat pun. pegang gitu2 je. tapi kalau makanan tu kita letak atas sekali, memang saja nak suruh dia ambilla kan....
biskut pun tak boleh ye... kalau dia ambil, kita kena bayar RM1 sebagai upah untuk dia simpan barang tu. nak balik nanti ambil balik.

Harga makanan dalam tu tak adalah sampai tercekik kelemasan hehe. nasi ayam tak sampai RM7 kot. saya pun tak berapa ingat sebab orang lain yg tolong belikan.

4. Penginapan
LWOT sekarang dah ada hotel sendiri. disebabkan kami pergi ni beramai2, memang taklah nak duduk hotel tu. tapi banyak homestay area sana dengan harga yang terrrrrrrrrrrramat berpatutan. saya akan share ni di next entry ye.

Jomlah kita layan sikit2 tarikan di LWOT ni. banyak2 nanti kang tak surprise...

peta LWOT. banyak sangat2 tarikan. datanglah seawal2nya kalau nak menikmati semua tarikan ni
feeding session. nak tengok tiger makan pun boleh.....
naik train untuk pusing2 sampai ke Tin Valley. boleh tengok sejarah perlombongan timah. ada muzium lagi....
tiket paddle boat pun ada online. dalam pakej kot
LWOT ni di bawah sunway, so ala2 zaman purba la.

tarikan baru. roller coaster. tak menakutkan pun... budak2 3 tahun pun boleh naik. itu yang saya siap boleh ambil gambar dari atas ni. game ni semua termasuk dalam entrance tiket tu ye.

yang ini ada syarat mesti tinggi 110cm ke atas. roller coaster tu pun ada. tapi penjaga tu macam ok je... sebab parents ada sebelah kot.


boringggggg......hehe

suka sangat dengan konsep dalam hutan LWOT ni. rasa dekat sangat2 dengan nature. macam2 haiwan ada dalam ni.

kannnn.... nampak macam mandi air terjun. tp mandi waterpark. menghargai alam..oh, ini mak kesayangan saya

ada rumah ular juga, seriously, kami macam terlupa nak mandi hehe. khusyuk jalan2 dalam ni

ini masa mula2 sampai. kolam air panas. mandi pukul11 pulak, memang terasa kepanasannya..

Ini saja coretan pengalaman saya di LWOT. sangat berbaloi untuk percutian family. next entry pasal tempat penginapan kami. berbaloi2 rasanya.... syukur Malaysia masih ada tempat yang agak murah macam ni.

terima kasih sudi baca.

1 comment: