Saya nak share detik2 saya bersalinkan si kembar saya ni. Due sepatutnya 11/1/2010 tapi keluar awal pada minggu ke-33 iaitu pada 25/11/2009. Tapi Dr dah bagitahu awal2 dah kebanyakan kembar akan bersalin awal. Tp ada jugak beberapa kembar yg saya kenal bersalin cukup bulan. apa2 pun prepare jelah awal2 kan....
1. Tanda2 nak bersalin
Anak yg sulong dulu saya turun tanda. Ketuban Dr yg pecahkan masa bukaan 4cm. Tp kembar ni pecah ketuban. macam diflush2 air ketuban tu tak stop keluar. Rasa2 pukul 1 am masa tu. Nursery saya dah inform awal2 dulu yg saya akan hantar anak sulong ke sana in case nak bersalin tengah malam kan....
Maghrib sebelum tu ada la rasa denyut2 pada pinggang belakang, tapi saya buat tak kisah je. siap gurau2 dgn husband esok nak beranak... sekali betul esoknya beranak.
Masa pecah ketuban memang tak ada rasa sakit langsung. Kami sampai di Hosp Putrajaya lebih kurang 2.30am pun masih tak sakit. Cuma air masih menitik2 la. Perut rasa kempis je. So sampai sana kenala lalui prosedur cek denyutan jantung baby dll.
2. Prosedur Hospital
Prosedur cek jantung baby yg paling lama sekali sebab Dr susah nak detect 2 jantung. Dalam hati berdoa je la kan.
Dr cek kandungan air ketuban memang kurang la sebab dah melimpah ruah tadi. Tapi Dr kata air tu akan bertambah balik. "Kalau minggu ke-36 still kurang air, baru paksa bersalin". Saya baru minggi ke-33, nak kena tunggu 3 minggu ke? Bukaan dalam 2cm kot masa ni. Dr kata akan tertutup balik.
So salam 4.30 am macam tu kena cucuk untuk kuatkan paru2 baby. Kalau ikutkan kena cucuk 2 kali, selang 12 jam. So 4.30am cucuk sekali. next sepatutnya 4.30pm la. Cucuk kat bontot, sakit sikitla. Tapi tahan jela kan.....
Dalam pkl 6 am macam tu masuk la wad. Bilik pulak tak ada... nasib baik ada katil spare. Hosp Putrajaya ni kan kena book sebelum bersalin. so saya book ikut tarikh bersalinla.
Bila dah masuk wad, husband pergi la solat subuh kan. saya memang rasa contraction masa ni. kerap jugak... tapi tak sesakit anak first dulu. Bolehla borak2 dgn orang katil sebelah. Tapi saya call husband tak bagi dia balik lagi kot2 bersalin kan... Masa ni rasa ada benda gerak2 je kat "bawah" tu. so saya tanya nurse, tu rasa air ketuban tadi ke? dia pun tak tahu la kan...
Dalam pukul 8am, adala Dr datang nak check bukaan. Sekali nampak kaki baby kat "bawah" tu haaaa!!! bukanla terjulur, tapi dah ada pada laluannya. Terjerit2 Dr tu "Emergency!!! Emergency!!!". Bukaan dah 10cm. Ramai pulak staf datang. Teruslah usung ke wad untuk bedah. Alhamdulillah saya rasa rileks jela sepanjang situasi kelam kabut tu. Panik kang darah naik pulak kan...
3. Barang kemas
Entah macam mana saya lupa nak buka barang kemas. Siap pakai subang, rantai. Almaklumlah, terbersalin awal kan. Masa sebelum bedah tu ada nurse nampak. So diorang tolong tanggalkan. Saya redha jela kalau hilang pun. Tp diorang bg pada husband la.
selingan gambar anak2. masa ni dah sebulan umur. nanti saya cerita la kenapa botak |
4. Sesi bersalin
Ada la beberapa bius. yg saya ingat ada renjatan elektrik pada tulang belakang ni. Takla sakit sangat. Tp dia bius separuh badan saja. Mau2 10 orang dalam bilik tu. Dr yg bedah tu perempuan, tp pakar kanak2 lelaki, tunggu nak check baby. Malu memangla malu... redha jela.
Sepanjang pembedahan tak sakit lah. Rasa la dia goncang2 badan kita. Saya masa ni doa jela dua2 kembar selamat. Dr announced "first twin dah keluar". lepas tu senyap... dah announce untuk 2nd twin pun. Lepas tu Dr tunjuk dua2 twins pada saya. yg 2nd twin tu dia tutup muka dgn kain. then, pass pada Pakar kanak2 dalam tula untuk check. Pakar kanak2 tu pass pada husband untuk diazankan. husband kat luar wad masa ni.
Saya tanya la Dr sebelah saya, "2nd twin hidup ke?". Dr sebelah saya tanyala Dr yg bedah tu. Berdebar ok...... Dr yg bedah tu kata "Kenapa tanya macam tu. hiduplah....". Alhamdulillah.... dah tu kenapa la tutup muka baby tu tadi. seriau tau.
Lepas bersalin, baby dibawa ke NICU. Bahagian bedah tu tak dijahit kot. Ditape je rasanya. Saya diletakkan bawah warmer. Masa ni saya termuntah. Nurse cakap tu side effect ubat bius tu. Memang saya tak tengok baby langsung sampai hari ke-2 or 3 kot. susu pun belum keluar lagi.
okla... to be continued.....
No comments:
Post a Comment