Bersambung lagi tentang pengalaman saya membesarkan anak2 kembar ni. kembar dua je pun....
Peralatan
Kalau baju, beli je yg sama 2helai.
Stroller - saya da 2 jenis stroller. mula2 pakai yang kedudukannya depan belakang. bila dah besar sikit pakai yg kiri kanan.
dah besar sikit, kami beli yg kiri kanan. ini brand McLaren. beli kat cash converter je. RM699 kot. sekarang tayar dah kiok sebab banyak sangat sangkut barang, berat hehe. |
Walaupun si kembar ni dah nak masuk 4 tahun dan tak pakai stroller dah, kami still letak dalam troli supermarket. Sebabnya, si adik suka berlari. letih weh nak shopping.... Kalau nak gi mana2, kami make sure tempat tu ada troli dulu.
Peralatan dalan kereta
Hingga ke saat ni masih belum pakai MPV la. sedan saja. So baby seat dulu pun ada dua. tp tak ada gambar la pulak. 1 seat letak depan, satu letak belakang. kalau dua2 belakang, tersepit la umi...
masa baby, muat je letak dua2 dalam bakul. tapi masa tu below 3 months la. Dah besar sikit, kami letak tilam/toto je. bolehla nak meniarap ke, tidur ke...
dalam pantang lagi ni. kecik je si kembar ni. so boleh muat bakul. |
still muat lagi ni. |
letak tilam/toto. so boleh golek2 kan sayang..... |
ni atas seat kelisa je. masa ni 3 tahun kot. boleh sebelah2, himpit2 hehehe..... |
sekarang nak masuk 4 tahun dah tak muat la tidur sebelah2 ni. suka main sepak terajang pun ada jugak budak2 ni. pantang tersentuh sikit... tapi dah besar ni banyak tidur duduk la.
Tahap Bonding
Anak2 saya kembar 1 uri. so orang kata la kan, bonding sangat kuat. Setakat hampir 4 tahun ni saya tak berapa nampak bonding tu. Entahla kan, mungkin saya yang tak perasan kot.
Sakit - Kalau sakit tak ada la serentak. Tapi berjangkit satu sama lain tu biasa la. Selsema serentak tu pun biasa la.
Saling merindui - kami tak pernah pisahkan lagi budak2 ni. masa 1 tahun+ selalu la tidur asing2 bilik bila balik kampung. si adik selalu tidur dgn maklong, abang tidur dgn opah. tak adala nangis ke apa ke.
Perangai - So far perangai tak sama la. adik garang sikit, abang banyak mengalah. mungkin nama adik UMAR, abang YUSUF kan... Bila main memang sama2 la. Tp bila terpukul lebih sikit, mulala bergaduh. adehla.........
sesi menconteng.... |
Saya belum cerita lagi pengalaman bersalin si kembar ni kan. InsyaAllah next post kot. Tak ada gambar untuk support post saya nanti. saya cuba2 google la supaya tak boring.
Terima kasih sudi membaca. Harap post ni membantu.
sonoknye kan de anak kembar...saya pun tengah pregnant kembar skng ni..dh masuk 30weeks... n insyaAllah kembar seiras..tgk gmbr2 anak2 humairah xsabar nk tgk baby kembar sy jugak..hehe... doakan saya selamat melahirkan baby2 ni ye..nervous jgk ni
ReplyDeletetahniah... anak2 kembar ni main sama2, gaduh sama2 hehe
Deletepart pic yg conteng2 muka ngn kaler tu sy trgelak tgok.. akak pndai ltak gmbr2 mreka msih kecik hggalah mmbesar dgn jayanya..hehhee..comeyy aje ;)
ReplyDeleteitulah, pengalaman dengan anak2 ni boleh rasa sekali je. untung kita zaman sekarang dapat rekod video n ambil gambar dgn mudah. banyak memori dapat dirakamkan.
Delete