Thursday, June 13, 2013

Travel: Paris - Fly with Qatar Airways and Doha Transit

Assalamualaikum wbt...
Tarikh: 2/6/2013 (ahad)
Kenapa kami pilih Qatar? perjalanan KL-Paris kami adalah dengan Malaysia Airlines. Kalau diikutkan hati, balik pun nak MAS jugak sebab tak ada transit. Tp Paris-KL, MAS ada 1 waktu saja iaitu 12pm. Kami plan nak balik ahad malam, so bermulalah cerita dengan Qatar Airways ni.
Pernah dengan Skyscanner? Saya selalu guna website ni untuk compare harga dan waktu flight. Boleh pilih nak transit berapa lama, di mana dll. So saya pilih Qatar  ni sbb:
1. waktu penerbangan malam, 1030pm.
2. serve HALAL food
3. transit 2 jam saja. di DOHA.
4. paling murah dalam list.
ikutlah kehendak masing2 nak kriteria mcm mana kan. ada jugak company lain yg transit di amsterdam. tp lama sangat transitnya. so untuk saya, Qatarlah yg sesuai pada masa tu.
bacaan doa naik kenderaan

makan 1

makan 2

ada in flight entertainment mcm MAS jugak

transit di Doha yg penuh dgn fadang fasir

dalam restricted area. tp banyak boleh explore dalam 2 jam tu

toilet, surau. toilet ada paip

duty free

ni pun harga duty free. mau angkat naik atas flight kah?

coklat susu unta pun ada

food court
Shopping in Doha airport
Disebabkan kami dari Paris dan London, duit kami tentulah Euro dan Pound saja. Tp di airport ni boleh shopping guna dua currency tu. currency lain tak pasti pulak. masa nak bayar nanti, cakaplah nak bayar dalam euro contohnya. cashier akan convertkan untuk kita lah.
macam2 jugak barang kat sini untuk jd souvenir. saya beli FM dan beg kecik je untuk kenangan. harga mmg expected agak mahal la kan. minum 2 air tu pun dah ~RM50. minum tak habis pulak tu. sebab dalam gambar dia cawan kecik je. sekali dia bagi besar gabak saiz pak arab punya....
Perjalanan kami lebih kurang 7jam Paris-Doha, transit 2jam, dalam sambung balik 7jam Doha-KL.

Transit in Doha
Ada 1 jela perkara yg tak best pasal transit kat sini. kami sampai sini dalam 6am waktu Doha. turun dari plane kena naik bas untuk ke terminal bas memang betul2 depan tangga plane la. tp disebabkan kiri kanan airport di pasir, so rasa berhabuk sikit la. suhu pulak 32C masa tu. almaklumlah, baru sampai dari Paris yg bersuhu 15C, 32C tu terasa la panasnya.
Masa nak naik flight kali kedua tu, sekali lagi kena naik bas tu. bas tu memang tunggu depan pintu je, tp bab berdiri dalam bas dengan handbag dan barang2 shopping di airport td tu tak berapa best la. airport ni baru lagi, tengah renovate. hopefully masa akan datang tak macam ni la kan.

Maka berakhirlah perjalanan KL-Paris-London-Paris-Doha-KL kami. sekejap je, 4 hari je. tp entry dekat 20 hahaha. itu belum termasuk entry tips2 di sana. untuk entry cost tu kena sum up dulu la kot. insyaAllah akan diusahakan nanti.
terima kasih sudi membaca...

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Nk tya klu transit kt Doha, luggage kita mmg xpyh ambik ke? Diorg uruskn utk next flight? Sy risau xsempat catch next flight klu transit 2 jam..kot2 1st flight delay ke apa..atau diorg mmg akn make sure passengers yg book connecting flight will onboard the next plane?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Nk tya klu transit kt Doha, luggage kita mmg xpyh ambik ke? Diorg uruskn utk next flight? Sy risau xsempat catch next flight klu transit 2 jam..kot2 1st flight delay ke apa..atau diorg mmg akn make sure passengers yg book connecting flight will onboard the next plane?

    ReplyDelete
  3. sorry PC rosak sebelum ni. Ye memang tak bawa ambil luggage. Masih flight yg sama, tak tukar flight. Cuma berhenti sekejap di DOHA.

    ReplyDelete