Tuesday, June 11, 2013

Travel: Paris - Disney Village, La Valle Village, Eiffel Tower

Assalamualaikum wbt...
Tarikh: 1/6/2013 (sabtu)
Hari pertama di Paris kami mulakan dengan keceriaan Disneyland. Tp tak masuk disneyland pun... pergi sebelah dia yg free which is Disney Village. Sebab kami baru saja ke Disneyland HK bulan 1 lepas. Dah tu kali ni tak bawa anak2 pulak. so mood nak berceria tu tak ada.
Disney Village ni terletak di zone 5 Paris. jarak 1 station je dari La Valle Village branded outlet.
keratan dari Paris RER Map
Station Disneyland adalah yg Marne-la-Valle tu, La Valle Village pulak di station Val d'Europe. So kami ke Disney Village dulu.
Train 2 tingkat ke Disneyland. Hoyyeeeee

Disney Village
Tujuan kami ke DV ni semata2 nak shopping mainan anak2. masa kat HK bln 1 lepas, tak puas shopping sbb anak2 naik menggila bila masuk gift shop. Ada banyak kedai gift kat sini. 1 je yg belum buka iaitu Disney Store. Kedai ni buka start pkl 4pm. Kami 9.30am dah terpacak kat sana kan....





Kedai ni la tutup









Beli sikit je mainan kat sini. Lepas tu terus ke La Valle Village.

La Valle Village
Untuk yg suka barangan branded, outlet mcm  ni mmg heaven la kan... Turun di Val d'Europe, kena merentasi mall dulu untuk sampai ke branded outlet.
keluar dari train station, nampak mall ni


penuh semangat waja nak membeli belah

so-so jelah. tak beli apa pun
Tengok ramai yg borong longchamp. saya ada target 1 longchamp ni, tp tak ada lah pulak... sekali jumpa longchamp yg saya nak tu di GM Klang. boleh???
nak yg macam ni.... huhu. source
Kami tak beli apa2 pun, balik dgn beg disneyland saja hehe. Balik singgah kedai pak arab untuk lunch, dan balik tidur kat hotel. plan malam tu nak ke eiffel tower sebelum maghrib, nak tunggu sampai maghrib. so dapat tgk eiffel tower sebelum dan selepas menyala lampu. unfortunately, tertidur 3 jam!!! dah terlepas first light show. tp sama je first dgn 10th light show. cuma tak dapat feel tunggu lampu la huhu.

Eiffel Tower (night view)
Nak ke eiffel tower, kami turun di station Champ de Mars Tour Eiffel. dekat saja berjalan. ikut crowd. ramai tourist je kot sbb semua berposing2 dgn ET. kami pun join....
cantiknya.....tak menyesal korbankan tidur

light show sejam sekali kot

wajib bercamwhoring kalau cuti berdua je 

river seine. sakan tgk minah2 salleh berjoget dalam cruise

nutella crepe+banana. sedap giler! makan panas2 dalam cuaca sejuk mmg kebaboommmm
lepas lawat ET, kami pun balik hotel sambung tidur......... esok ada 1 hari lg perjalanan sebelum balik ke tanah air. mmg seronok negara org, tp negara sendiri yg terbaik. tambah2 anak2 semua ditinggalkan. hati tak dapat nak enjoy 100%..
see you in the next entry. insyaAllah pasal kami round2 kota paris.

3 comments:

  1. kak nak tanya...mana entri pasal nak beli kad metro tu?tak jumpa..hehe
    kat paris akak stay mana?sy tgh buat plan ni, nak ke sana may nanti..maaf banyak tanya;p

    ReplyDelete
  2. kak nak tanya...mana entri pasal nak beli kad metro tu?tak jumpa..hehe
    kat paris akak stay mana?sy tgh buat plan ni, nak ke sana may nanti..maaf banyak tanya;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kot yang adik maksudkan. http://humairahadi.blogspot.com/2013/06/travel-paris-metro-dan-mobilis-card.html

      Delete