Wednesday, June 12, 2013

Travel: Paris - Around Paris City

Assalamualaikum wbt..
Tarikh: 2/6/2013
Second day di Paris kami habiskan dengan meronda2 sekitar bandar Paris. Entry sebelum ni saya dah certiakan bagaimana nak  beli mobilis card. Untuk semalam, kami beli mobilis card dari zone1-zone5 sebab kami nak ke Disneyland dan La Valle Village. Untuk hari ni pulak, kami nak melawat bangunan2 cantik sekitar Paris ni saja. Tak seperti di London, kali ni kami tak ambil bus tour sebab tak banyak tempat yg kami rasa nak pergi.
Paris attractions and zone
Dalam gambar atas ni saya shorlistkan tempat2 yg saya plan nak pergi. semuanya dalam zone 1. tp mobilis card minimum zone1-zone2. so kami beli zone1-zone2 la dgn harga lebih kurang EURO13 untuk 2 orang. Bukan semua tempat dalam gambar tu kami sempat pergi. Saya terlepas pandang Flea Market di Porte de Clignancourt. sebelum keluar bilik pagi tu dah semangat nak pergi sana. Tp terlupa. dalam teksi nak pergi airport ternampak signboard market ni, baru teringat. sedihnya..... takde rezeki untuk kali ni. Jom tengok apa tempat2 yg kami pergi.

Champ Elysees (CE) & Arc de Triomphe (AdT)
Tempat ni sebenarnya kami pergi semalam, tp terlupa nak cerita. Untuk yg belum tahu, kebanyakan kedai2 di Paris ni tutup hari Ahad termasukla La Fayette. Kalau setakat nak tgk building bolehla kan. sbb tu kami ke CE ni hari sabtu. tp tak beli apa2 pun.. cuma CE ni walking distance dgn AdT.
Arc de Triomphe

Champ Elysees

Champ Elysees

Champ Elysees. Rent for Euro89 for 30min kot
Kisah CE ni semalam punya. untuk ahad 2/6/2013, kami mulakan dgn Montmarte. 

Montmarte
Sini tempat suci org Paris. Kami tak pergi dekat dengan building. Ambil2 gambar saja. Area ni banyak kedai souvenir. Boleh dikatakan semua kedai harga sama je. 2 fridge magnet = Euro5 kot. lupa pulak.
kedai souvenir

dah nampak bangunan montmarte

mau naik tangga ke?


tujuan panjat adalah nak tengok view Paris ni

Best ke view ni? cari ET tak jumpa pulak


nak naik/turun ke bangunan ni ada tram jugak. kena bayar la, tp tak pasti harga. Tp takdelah banyak mana sangat anak tangga ni. memanglah berpeluh sikit, tp sejuk..... sekali lagi kami tak beli apa2 pun kat  area ni. sebab lepas ni nak ke Notre Dame. Kat sana pun banyak souvenir jugak. moh kite....

Notre Dame
sudah nampak itu notre dame. area ni byk souvenir. harga sama je dgn montmarte td.


byk jugak lukisan2 mcm ni. harga dalam 2euro pun ada rasanya

Notre Dame. Kami ni asalkan ambil gambar, lepas tu chow.
Kami tak baca pun apa sejarah Notre Dame. Just nak menghargai seni ukiran org dulu2. tabik spring la pada pengukir2 bangunan. seterusnya kami ke Eiffel Tower. Smlm dah tgk night view, so kami pergi untuk day view pulak

Eiffel Tower (ET)
night or day view, dua2 cantik. nampak romantik je ET ni. kenapa ntah....
exit metro kami dari arah lain. so kena jalan jauh sikit la. sikit je....

kiri: seine rivier, kanan: ET

bahagian belakang ada park. subhanallah cantiknya....


kami jalan2 area belakang ET ni. sini tak ada metro station yg terdekat. so kena patah balik ke ET jugak.... lepas ET kami ke rumah monalisa. Muse de Louvre.

Muse de Louvre
Kami tak masuk ke dalam museum. jalan2 area museum ni saja. masa kami pergi ni, org beratur sangatlah panjang, rasa2 org belakang sekali tu kena tunggu dalam sejam lebih untuk sampai ke kaunter. itu tak kira kesesakan dalam museum tu lagi kan..pada yg nak pergi, bolehlah beli tiket online awal2 ye....





tak perlu malu. bukan kita je yg beraksi mcm ni. majority. nampak bayang2 sebelah kiri tu. that's not mine ok....

keluar pintu lain, jumpa church ni. St Michel kot namanya.
dari muse de louvre ni kami ke pont neuf. oh, on the way ke pont neuf tu banyak kedai souvenir jugak. saya beli beg untuk mak dan MIL. 

Pont Neuf
Dalam perjalanan nak ke pont neuf ni, husband tanya jugak ada apa kat sana kan... jawapannya mestilah rahsia, hehe. sebab kalau dia tahu awal2 mesti dia taknak pergi sbb pont neuf bukan ada building pun. yg ada hanyalah 1 jambatan yg dipenuhi mangga2 cinta. kan sentimental value tu..... org lelaki bukannya suka sangat pun.so saya rahsiakan je. sampai sana barula husb kagum tgk mangga yg begitu banyak.
board sebelah kanan tu ada cerita pasal mangga2 ni. rasanya berkenaan woman right. tp dah jd tempat memangga cinta pulak.


sepanjang jambatan tu penuh mangga
Sesiapa yg nak memangga cinta kat sini, bawa lah mangga dari Malaysia ye... org sana jual mangga paling murah 4euro ke 8euro ntah. nak bawa sebesar2 mangga pun boleh kot. kami pun tak memangga cinta kat sini.
lepas pont neuf ni, kami balik semula ke hotel. berehat2 sekejap sebab flight balik malaysia pukul 10.30pm. harap2 info mengenai paris ni bermakna dan membantu lah ye... insyaAllah akan diberi jugak tips2 yg berkaitan.

No comments:

Post a Comment