Tarikh: 30/5/2013 (khamis)
Alamat hotel:
Kami di London 2 hari 1 malam saja. mmg nak cari hotel yg dekat dengan St Pancras sbb hari kedua tu nak naik train ke Paris semula.
Free Luggage Storage
Hotel ada sediakan luggage storage secara percuma. cuma kami malas nak ulang alik dari St pancras station tu. so kami simpan je luggage di station. boleh baca kat sini pasal simpan luggage.
Free Wifi
Masa saya book bilik ni dari agoda, ada free wifi. tp sbb malam check in letih sgt, lupa nak minta password. bilik ni pulak tak ada telefon utk call receptionist. so tidur jela tanpa surfing.
Harga
Dah namanya luar negara, mmg mahal sikit la dari Malaysia ni. total 1 malam saya duduk lebih kurang RM350+. Saya ambil bilik yg ada toilet sekali. susah pulak kita ni muslim nak keluar masuk bilik nak ke toilet.
Breakfast
Masa saya book di agoda, saya letak NO BREAKFAST. Tp receptionist tu bg jugak breakfast. so alhamdulillah la kan. kebetulan masa nak breakfast tu receptionist tu muslim. bila dia nampak kami, dia terus inform 'chef' dia utk sediakan boiled egg lain untuk kami. sbb boiled egg dalam tu dah disapu pork oil. dia pun tunjuk la apa yg kami boleh dan tak boleh makan.
Breakfast kami |
Jarak dari dua station ni tsangatla dekat...dalam 200m kot. berjalan pun tak sampai 5 minit. so far puas hatilah untuk hotel 2-3bintang mcm ni. tilam pun sedap.
kemudahan2 lain yg standard: coffee maker, hot shower, toilet bowl, soap, tv, heater (tak guna pun kot). okla, jom tengok gambar2 kami di hotel ni.
pandangan dari tingkap bilik. ada small park. |
mini tv, cupboard |
2 single bed. tilam sedap |
toilet, shower (kiri) |
tangga agak sempit |
breakfast hall |
view siang dr bilik. nampak kings cross station |
sederet bangunan ni semuanya hotel. |
Hari kedua kami dipenuhi dgn mnaiki London big bus tour. pakej ni bagus sbb tmasuk river cruise dan walking tour. to be continued.....
No comments:
Post a Comment