Friday, June 7, 2013

Travel: London - Emirates Stadium & Queensway

Assalamualaikum wbt.
Tarikh: 30/5/2013 (khamis)
Dalam entry sebelum ni, kami ke clark factory outlet. dari sini kami berjalan kaki ke emirates stadium, dalam 10minit. kawasan ni sunyi, kedai pun tutup je. tak tahu lah kenapa kan....

Emirates Stadium @ Arsenal FC
nearest tube station: Arsenal (tp kami jalan kaki dari Clark Factory Outlet)
Husband saya mmg pminat tegar arsenal. Nsb baik la tak minat Man U, kalau tak jauh bebenor kena pergi stadium nya.. stadium lain yg bdekatan adalah Chelsea, Fulham, West Ham. Tp bukan lah bdekatan sangat, kena tukar2 train jugak. Emirates St ni ada St Tour, tp husband taknak masuk pun. untuk tour, boleh tengok di sini. Kami round2 stadium dan shopping sikit di butik arsenal saja. Butik Arsenal ada 2 kat stadium ni. Barang2 rasanya sama je.



setiap kerusi batu ni ada nama player. atas lantai tu pun sama.

butik arsenal FC

Thierry Henry statue


arsenal station

Queensway
nearest tube station: Queensway
1 sebab je queensway adalah nak beli souvenir. FM, tshirt dll. turun di tube queensway, kami berjalan ke arah bayswater. mmg nampak dah kedai2 souvenir.

kedai ni tak banyak choice sgt lah

harga FM yg kami dapat di area  ni 17 biji FM untuk GBP10~RM47. Tshirt I LOVE LONDON pulak 1 helai=GBP3.99 kot. Lupa pulak..
Area sini jugak banyak makananan halal. ada kedai TUKTUK, Taza Kebab, Malaysian Hall. Kami ke tuktuk je, konon2 nak hirup tomyam di kala cuaca sejuk  ni.
owner dia bukan org thai kot

sedap dpt makann kue teow goreng time cuaca sejuk ni
tuktuk ni ada sijil halal. tp still serve arak. so rasa macam was2 time makan. menyesal pulak tak ke malaysian hall huhu.
Lepas makan, kami nak bershopping di Primark. Jom tengok apa yg orang suka sangat pasal Primark ni.

Primark
nearest tube station: Marble Arch
Kami sampai Primark ni dah petang. Orang mmg ramai. Depan primark tu ada mothercare. saya tengok harga puting botol avent lebih kurang malaysia je. tp harga botol dia murah sesangat. agaknya dia nak habiskan stok lama kot sbb avent kan dah keluarkan design botol yg baru. ok, jom cerita pasal primark pulak.
PRIMARK

hasil tuaian
primark ni sekali tengok keadaan dalam dia mcm mydin pun ada jugak. baju, seluar beg semua main longgok je... manusia mmg ramai ya amat la kan. mcm biasa, kami cari baju budak2 saja. 1 helai=GBP1.50 saja ok!!! adala beli sikit2. Kasut pun murah, dalam GBP2.50 kot. Tp nasib baik tak beli sbb ada sorang brother tu kata takut ada unsur2 babi kat kasut tu. kami tak beli sebab dah beli kat clark sebelum tu kan.

lepas Primark, kami decide nak balik berehat lah. hotel kami dekat saja dengan King's Cross St. Montana Hotel Excel namanya. Kita cerita dalam next entry ok.



No comments:

Post a Comment