Tarikh:1/2/2013 (jumaat)
kenapa kami ke
ocean park? kalau di kaji dari post blogger2 kat malaysia ni, jarang yang ke ocean park. saya pergi sebab alang2 dah ada di HK, so nak merasa jugakla ke ocean park. bila baca komen orang yg pernah pergi, ocean park ni hebat sangat2 lah sebab dia adalah combination aquaria+zoo+theme park. pendapat tu adalah benar sbb ocean park HK mmg gabak besarnya... cuma saya tak susun itenary ocean park ni bsungguh2 mcm yg saya buat untuk disneyland. ada bias di situ... hehe. niat di hati mmg nak mjejakkan kaki saja ke ocean park. tiada niat lain hehe.
|
entrance |
transportation
1. MTR untuk ke ocean park sedang dibina dan belum siap. masa kami pergi hari tu, nampaklah landasan yg belum siap tu. betul2 turun di pintu masuk ocean park ok..... so sesiapa nak pergi, silalah tunggu MTR siap.
2. Bas 629. Inilah pengangkutan paling glamour ke sana. kalau nak naik MTR, turun di Admiralty station, naik lah bas ni. kami naik ferry ke central, lepas tu baru ambil bas ni.
|
keluar dari ferry pier, cross jalan untuk tunggu bas 629 |
|
view dari dalam bas |
saya konon2 nak merasa naik ferry kan. tp agak menyesal plan nak naik ferry ni. punyalah jauh ya amat nak ke ferry pier. tanya penduduk2 setempat yg kami jumpa sepanjang perjalanan mencari ferry pier, tak dapat jawapan. diorang tak faham soalan kami. saya tanya "FERRY??". geleng2 je jawapan di terima. weh, apakah???? ferry pun tarak tau ka.....ok, itu je luahan perasaan. bukan seorang dua tau, semua yg kami tanya jawab mcm tu. nasib baik ada seorang indian yg pandai BI. rasa2nya dia kerja sana. kalau nak tanya soalan2 arah ni, saya suka tanya penjaga2 kedai, diorang ni bolehla faham jugak. yg lalu lalang tu kenapa ntah tak faham...muka educated habis. ok, tak habis lagi luahan.
balik ocean park pun naik bas 629 jugak. stop di admiralty ok... pasal transportation boleh baca di web ocean park jugak.
|
nak naik ferry kena guna jalan bawah tanah |
|
ikut sign |
|
kanan..kanan... |
|
masuk ini terowong |
|
jumpa dataran ni |
|
entrance ke pier |
|
berjaya jugak naik ferry |
|
view yg nak ditengok sangatttttt |
3. bas 973. maklumat ni saya dapat dari web ocean park jugak. bas ni dari tsim sha tsui, tp bukan stop di ocean park mcm bas 629 tu. kena cross jalan rasanya. kami tak naik bas ni. ini just plan B kalau ada apa2 masalah berbangkit.
harga tiket dan makanan
1. ada jugak org yg beli murah dari ejen2 yg jual di tepi2 jalan HKD250. tp saya beli online HKD280 untuk dewasa. nnt print dia punya voucher, dan terus ke kaunter khas. dia akan scan barcode dan boleh masuk...
2. saya tak terjumpa mana2 post khas untuk makanan halal dalam ocean park. tp ada indian food dalam park. betul2 lepas turun cable car di The Summit. mmg dah agak susah nak makan kat sini. kami makan salad sandwich dan popcorn saja sbb malas nak ke the summit semula.
tarikan
1. untuk sesiapa yg sukakan extreme ride, ocean park mmg lah sesuai sbb ada extreme park dan adventure park. kami tak naik ride2 ni sbb bawa anak2 kecil. kami utamakan tarikan bbentuk binatang dan ride kanak2 saja.
|
extreme park |
2. symbio. ini mmg serius best tp kami tak tgk pun...hehe. pukul7.30 malam la show dia sbb guna lampu. tak dapeklah nak tunggu kan... sekian.
3. dolphin show. show ni di the summit. masa kami pergi tu punyala panas sampai sunburn. bagi saya show ni tak best sangat pun. kami tgk yg pukul 330pm. dolphin2 tu mmglah jinak tp perjalanan show ni sangat slow. so sebelum show habis kami dah keluar. kalau lambat nnt berebut2 pulak nak naik cable car or train.
|
panas...panas... |
|
the show |
4. tarikan2 lain yg best mcm penguin, underwater tunnel, panda, grand aquarium. panjang sangat pulak cerita ni. layankan lah gambar2 ni ek.....
|
old HK menuju ke cable car |
|
cable car |
|
view |
Q untuk naik cabel car
|
dari kejauhan nampak the summit |
|
ocean tower. naik jugak... |
|
mari melawat penguin |
|
spotted seal. jinak ya amat |
|
underwater tunnel mmg best |
|
train yg mhubungkan waterfront and summit |
|
train ala2 submarine |
|
red panda |
|
panda tido 23jam sehari. sekian. |
tambahan info
1. cubalah naik cable car. kami sampai2 terus menuju ke cable car. beratur dalam 45minit. puas hatilah jugak sbb dapat tgk view laut HK yg cantik.
2. kids stroller disediakan. HKD70 untuk single stroller dan HKD100 untuk double stroller. tp double stroller tak boleh naik cable car. kalau ambik 2 single stroller, kena naik cable car berasingan. tapi kalau naik train, bolehla bawa double stroller tu.
|
double stroller |
3. train dari waterfront ke the summit sangat luas bbentuk submarine. mmg tak sesaklah naik train ni. laju je.
4. luggage. ada locker untuk luggage. canggih la pulak sistem nak sewa locker ni. lebih kurang mcm nilah step nak sewa locker di machine:
-select language
-select type of locker
-create password
-print ticket
machine tu yg akan bagi no locker kita. kita ke locker tersebut dan enter password yg kita create tadi. nanti nak ambil barang, enter password yg sama. berapa ek sewanya? tidak lah ingat......HKD60 kot.
|
machine sewa locker |
next entry saya akan upload random photos di ocean park ni. tak larat nak upload dah ni.
terima kasih sudi membaca...
seronok jugak HK...
ReplyDeleteseronok... tapi cuaca agak tak menentu. sekejap sejuk, sekejap terik.
Delete