Saya sekeluarga akan bercuti ke Hong Kong 4H3M mulai 30/1/2013 - 2/2/2013. Flight kami seawal 6.25am. jadi untuk memudahkan cerita, kami akan bermalam di tune hotel lcct 29/1/2013 iaitu malam ini.
entry ini adalah untuk berkongsi barang2 yg saya bawa untuk 4H3M di HK. kami ni 2 dewasa dan 3 kanak2 (3-5 tahun), so lain bilangan ahli keluarga, lainla bilangan barang kan.
makanan saja yg penuh |
1. steam cooker. beli di sini . saya dah try2 dah masak nasik guna cooker ni. okla result dia. siap belajar sukatan guna tudung botol susu anak. senang skit, hehe.
2. beras. awal2 dulu plan nak bawa nasgera je. tp fikir2 balik baik bawa beras jela. so saya sukat la beras tu untuk 3x makan contohnya...
3. lauk segera. kebetulan adabi dah keluarkan makanan dalam tin tanpa pengawet. saya bawa yg sup ayam saja sbb anak2 xmakan pedas.
macam2 adaaaaaa... |
5.maggi. bawa 2 bungkus je. sana pun 3 malam je kan. ini stok kot2 teringin...
6.koko krunch. ini khas untuk anak2 la. sana sekarang musim sejuk lagi. so sediakan bekalan kot2 lapar. xkan nak makan kedai je.. kopak mak.
7.biskut, bytes, gula2. ini pun stok2 nak pujuk anak kot2 menangis nanti. mak2 mcm ni la kan.fikir anak je. tp mak pak pun boleh tumpang jugak makanan anak2 ni hehe.
8. ubat2. yg ni spare sbb musim selsema sekarang ni. so dah ambil kat klinik ubat selsema, demam, panadol, panaflex, vicks. vitamin C.
beg pulak plannya yg besar gabak tu je masuk luggage. bapaknya bawa backpack, uminya bawa sling bag gabak, anak sorang lg bawa beg seret untuk letak sweater n activity book untuk hilangkan kbosanan atas flight nanti.
book luggage pun 30kg je ni. harap2 jgnla exceed. pengalaman ke bangkok dengan beg yg sama 20kg je. so 30kg ni harap2 cukupla. aminnnnn.
itenary pulak secara kasarnya mcm ni:
30/1/13 (rabu): Disneyland
31/1/13 (khamis): Disneyland
1/2/13 (jumaat): Ocean Park
2/2/13 (sabtu): Citygate dan balik
details itenary kenala tunggu dah sampai sana untuk disharekan. sebab kena pastikan iternary berjalan dengan lancar barulah bleh suggest kan... okla dulu, selamat membaca...
No comments:
Post a Comment