Friday, November 9, 2012

Tips: BIG Visa Debit Card Tune Money

Salam semua. Saya nak share pengalaman saya menggunakan BIG Visa Debit Card.
BIG Visa Debit Card
1. Debit vs Credit Card
BIG ini adalah debit card. kalau kad debit bank biasa, selalunya sekali dengan ATM kad. maknanya bila nak bayar kat cashier, just bagi ATM kad kita la sbb dia berfungsi sebagai kad debit jugak.
tapi BIG kad ni tak ada akaun bank. so saya top up melalui CIMBclicks sahaja. bank lain saya tak pasti boleh ke tak.
Jadi kena ada duit dulula baru boleh beli barang. no hutang2.
cuma kelebihannya kita tak perlu bawa cash.

2. Kelebihan kad debit - elak kecurian, dan rate lebih murah
Pertamanya, kita tak perlu bawa cash beribu2. simpan je dalam debit kad tu. so dapat mengelak dari dirompak contohnya.
Yg keduanya, kalau kita berbelanja diluar negara, rate debit/kredit kad adalah murah berbanding rate kat money changer tu. sebagai contoh untuk SGD (contoh sajaaaaaa):
- kad rate: 1 SGD = RM2.41
- rate di money changer: 1 SGD = RM2.44
so murah la sikit kalau kita berbelanja diluar negara guna debit/kredit kad ni. tak perlu susah hati nak cari money changer.

3. Limit kad
BIG ni limitnya RM4999. 
Lepas kita beli barang, balance kad akan terus reduce. tapi sebenarnya dalam sistem di sana, mengambil masa 2-3 hari bekerja untuk reduce.
contoh: balance kad: RM4999 (dah sampai limit maknanya)
             beli almari RM1000: balance RM3999
             lepas beli almari, terus topup RM500. sepatutnya balance jadi: RM3999+RM500=  
             RM4499                
             masih lagi di bawah limit RM4999. tapi bila cek balance hanya RM3999 sebab    
             dalam sistem             
             belum deduct RM1000 tadi. so kenala tunggu 2-3 hari untuk RM1000 tu dideduct 
             dalam sistem.
Saya dulu tak tahu. nak beli kabinet dapur rm7000, so lepas bayar rm4500 terus topup lagi rm3000. terkulat2 depan cashier sbb baki kad tak cukup. rupa2nya sebab dalam sistem belum deduct, so duit tu diawang2an. baki dalam cimb dah dipotong tapi belum masuk kad.

4.  kelebihan - point
kad bank islam saya pun debit jugak. tapi saya lagi suka pakai BIG kad ni walaupun 1 hal jugak nak kena top up kan. kad bank islam tu bab topup ni senang sbb mmg duit gaji dalam tu. so setiap bulan saya akan keluarkan sedikit duit gaji dan masukkan ke dalam cimb untuk dimasukkan ke dalam BIG. kenapa saya sangat gigih ye????
sebab BIG ni dapat collect point. selalunya RM2=1point. tapi ada jugak beberapa tempat yg bagi lebih point. contohnya SOGO RM2=5point.
point2 ni bila dah cukup haulnya, bolehla digunakan untuk menebus apa2 yg airasia offer.
redeem BIG points
saya baru sekali je tebus point. tebus e-gift voucher. 5000point=RM50 baucer. bolehla guna untuk bayar tiket flight ke, makanan atas flight ke cenggitu la..
baucer tu nanti dia akan emel kepada kita untuk redemption. ambil masa 4-6minggu lebih kurang.

itu sajalah perkongsian pengalaman saya dgn BIG kad ni. so far rasa ok la. kadang2 rasa mcm poyo pun ada beli barang RM70 tapi sibuk nak guna debit kad, hehe. sayang oooo 35points... sapa nak bagi...
okla, selamat membaca. salam.

24 comments:

  1. klau untuk shopping kt pasaraya xpyh no. pin ke utk kad visa ni? mcm mana nk create no.pin?

    ReplyDelete
  2. nombor pin tu pihak BIG kad akan pos kepada kita berserta kad. untuk shopping tak perlu no pin tu. pin tu untuk withdraw duit. RM6 caj rasanya.
    kalau pin hilang/lupa. kena buat kad baru.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. apply online. cuba apply kat sini ye https://www.tune2big.com/web/guest/loyalty-qualify?p_p_id=loyaltyQualify_WAR_big
      masa saya apply dulu, dalam 2 minggu kot dapatlah kad nye

      Delete
  4. Replies
    1. book tune hotel ke? kad ni boleh guna untuk online purchase contohnya agoda dll.
      tapi setakat yang saya pernah cuba, untuk bayar tune hotel guna BAUCER tak boleh. BAUCER ni kalau kita redeem points. boleh guna untuk bayar tiket flight, book seat, food. tapi utk tune hotel, tak boleh guna baucer. sekarang saya tak pasti adakah polisi masih sama.

      Delete
  5. Redeem baucer dgn redeem point ade beza ke?

    ReplyDelete
  6. redeem baucer guna point jugak. 5000 points = RM50 baucer. bolehlah nak guna baucer tu utk book seat, meal, flight dll.
    redeem points tu maksud puan yg macam mana ye? yang selalu AA iklankan utk beli tiket flight guna big points tu ke? kalau yang itu tak perlu baucer. dia akan deduct dari points kita terus. khas untuk flight je kot.

    ReplyDelete
  7. KALAU X DE AKAUN CIMB PUN BOLEH APPLY KE? KALAU BOLEH, MACAM MANA NAK TOP UP KREDIT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa apply dulu, rasanya tak wajib ada cimb. sekarang tak pasti. nak topup melalui cimb cash deposit mesin pun boleh. ambil masa 1 hari bekerja kot. Tapi saya tak pernah cuba yg ni

      Delete
  8. Password Big kalau nak withdraw cash di atm tu guna Big shot Id uang dalam surat masa dapat card tu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ya. saya tak pernah draw lagi dari big card. Caj rm6 kalau tak silap.

      Delete
  9. salam...kalau shoping tmpt lain blh jgk ke point bos?contoh d jusco or tmpat2 lain selain sogo.byar pakai big card ni kena caj x boss?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad ni boleh guna di mana2 yg accept VISA. tp sekarang kad ni dah ditukar baru, mastercard. 1 point setiap RM2. Kalau SOGO tu, dapat extra points.

      Delete
  10. Assalamualaikum meh Join Tone Plus boleh menjana pendapatan kalu ader Big Point Card Komishen Akan di bank in dalam Card so x yag risau. Meh Join Fb sayer Amirul Bin Mazlan. Ubah Minda Ubah Pendapatan Ubah Hidup Dan Ubah SIM CARD. WOW Prepaid That Pays.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak.. nak tnye kalau kite ke ATM atau guna masa shopping PIN num kite guna yg mne ehh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak draw duit dari ATM, diorang ada pos nombor pin pada kita.
      Kalau shopping, tak perlu masukkan nombor pin. guna macam kredit kad

      Delete
  12. no pin yg dorng pos tu ke apply ke?? shopping just swap je ke??? (xpernah pkai kad kredit :D)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no pin saya dapat sekali dgn kad. guna no pin tu untuk draw duit dari kad tu. in case kita terlebih transfer. bila nak guna kad, swap saja. tak perlu nombor pin

      Delete
  13. Kak..kalau kite guna as credit card pun mesti ada topup tak dalam die?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia debit card, mesti top up dulu. cuma mesin tu yg detect as credit card.

      Delete
  14. Kak..kalau kite guna as credit card pun mesti ada topup tak dalam die?

    ReplyDelete
  15. Salam.

    Terkini laman BIG Prepaid Mastercard sudah berwajah baharu pada 15 Jun 2016. Apa yang saya dapati berdasarkan pemahaman saya di laman mereka yang terkini, beberapa perubahan telah dibuat ke atas penggunaan Kad Prepaid ini yang menyebabkan ianya kelihatan kurang bernilai/tidak istimewa lagi berbanding sebelum ini.

    1. Transaksi kad untuk dalam negara(local) tidak dapat point BIG (sebelum ini ada point). Transaksi luar negara baru ada point.

    2. Topup amaun kad dari Bank Online, bukan serta merta ( dalam tempoh 48-72 jam baru masuk akaun, sebelum ini serta merta) kecuali menggunakan CIMB Click.

    Kesimpulan...transaksi kad dalam negara bukan lagi kerana target point, tapi hanya untuk mengelak caj RM2.50 dikenakan apabila tiada transaksi setiap bulan. Satu perubahan yang mengecewakan.

    ReplyDelete
  16. kad ni mcm prepaid kredit/debit kad lah ye...,

    Air Asia pun ada keluarkan big prepaid kredit kad...>>>https://www.bigprepaid.com/

    ReplyDelete