Wednesday, July 11, 2012

Tips: Kurus dengan sihat - kisah saya

salam. saya just nak share diari harian saya dalam menguruskan badan. saya pun baru setahun mengamalkan gaya hidup sihat ni. dan jadual saya pun berubah2 mengikut keselesaan. buat masa sekarang ni, berat saya 55kg (asal dulu 66kg). target saya mulanya 55kg, tp dah nampak impak positif macam ni, letak target baru 50kg (belum tercapai dek malas ya amat).
buat masa sekarang ni, saya pergi gym 2-3 kali seminggu. ini jadual saya pada hari ke gym.


contoh kalori saya
 setiap aktiviti yang kita lakukan akan membakar kalori. kalau tak sempat ke gym, tambahkan la aktiviti2 lain, contohnya:
1. parking kereta jauh2
2. naik tangga, bukan lift. kalau rumah/office tingkat 10, 5tingkat naik tangga+5tingkat lift
3. duduk makan pun bakar kalori tau
4. tidur awal untuk bakar lebih kalori. tidur jugak dapat elakkan kita dari MAKAN MAKAN MAKAN
5. duduk tengok tv/wayang
6. drive
banyak lagi....
pengiraan kalori dalam jadual tu hanya anggaran sahaja. kenala tanya encik google untuk lebih lanjut.
jadual tu juga menunjukkan kalori yang terbakar oleh aktiviti2 harian. belum dikira lagi kalori yang terbakar secara semulajadi (metabolisme).


semoga membantu...

No comments:

Post a Comment