tapi berat waktu pregnant lainla, paling tinggi 77kg rasanya.
berat ideal untuk saya mengikut BMI mesti antara 46-64kg untuk BMI 18-25. jadi saya target berat saya dalam lingkungan 50-55kg sahaja.
Saya mula fikirkan mengenai nak kuruskan badan ni bulan jun/julai 2011 rasanya.
Kebetulan terbaca iluvislam post pasal isu ni hasil catatan Kevin Zahri.
So semenjak tu bermula lah episod saya mengidam nak kurus.
tapi sebelum sesi menguruskan badan bermula, saya perlu baca dulu asas2 kpd pengurusan badan ini supaya tak tersalah langkah, terkena penyakit dll. ubat kurus elakkanlah kan. jimat duit, hehe.
ok, so ada 3 website yang saya selalu refer sebab saya bukan lah professional dalam bidang ini. jadi kita belajar bersama2 ok.
1. sususejat.com
saya suka blog ini sebab fakta2 yang diberi memang perkara yang kita nak tahu. mungkin disebabkan owner blog ini pernah mengalami obesiti dulu. so dia tahu apa yang kita perlukan.
owner blog ini juga ada sediakan e-book percuma, dan calculator kalori di websitenya.
blog sususejat.com |
2. cekodok.com
pemilik blog ini adalah Kevin Zahri. Siapa tak kenal kan tokoh fitness ni. so disebabkan ketokohan beliau ini, saya lebih yakin dengan artikel2 beliau.
beliau juga ada e-book tapi kena belila. saya beli dari web beliau, RM30 untuk 5 e-book termasuk carta penurunan berat rasanya. sorryla kalau salah ok. dah setahun, lupa dah. e-book dia sangat menarik. 1 e-book 5minit dah habis baca sebab dalam bentuk graphic dan chart yg superb. tengok jela style blog dia ni. memang menarik.
blog cekodok.com |
3. google.com
haha, ini web semua orang suka kan.... selalunya saya google pasal jumlah kalori dalam makanan, teknik senaman dll. tak perlu gambarla sebab semua dah tahu macam mana rupa paras encik google ni kan...
so setakat ini, inilah 3 bahan bacaan saya. Alhamdulillah dalam masa 7bulan (lebih kurang) saya dah turun 11kg. lambat ek? hehe. sebab saya selalu mengelat senaman dan suka makan manis2, itulah padahnya.
next entry saya akan share berkenaan istilah2 penting dalam proses pengurusan badan ni.
semoga membantu
No comments:
Post a Comment