Monday, November 23, 2020

Travel: Umrah DIY Makkah - Hotel Elaf Kinda

 Assalamualaikum wbt,

Entry-entry sebelum ini saya ada share perjalanan saya ke Riyadh dan Madinah. Boleh dibaca di sini. Umrah pertama kami telah diselesaikan pada hari pertama kami tiba di Makkah sebelum waktu isyak alhamdulillah. Jadi saya ingin berkongsi berkenaan penginapan kami di Makkah.

Saya dan suami ke Makkah ni tanpa agent sebab kebetulan saya ada kerja di Riyadh. Jadi flight, hotel, makan dan semuanya kami atur sendiri. Kami juga tak dapat nak gambarkan sangat kedudukan hotel-hotel di Makkah ni. Memang ada banyak hotel di agoda, tapi bila baca review agak sukar nak decide hotel mana yang terbaik. Jadi kami buat kerja 'gila' sikit di Makkah ni dengan bertukar-tukar sebanyak 3 hotel haha. Jumlah hari kami di Makkah ialah 7 hari 6 malam.  Tapi sebelum ke Makkah ni kami hanya book untuk 2 malam saja haha. Konon-konon sampai di Makkah baru nak tengok  betul2 kedudukan hotel dll. Cari pasal betul. 

Jadi hotel pertama kami ialah Elaf Kinda, book dari Agoda untuk 2 malam. Masa book harga dalam RM550 termasuk tax. Terasa mahal pulak nak book untuk 6 malam masa tu. Tapi bila kami dah menginap di sini memang berbaloi ya Allah... dekat sangat2 dengan masjidil Haram sebab terletak di menara jam tu.

Kedudukan Hotel Elaf Kinda

Dalam gambar di atas ni saya letak dua hotel iaitu Elaf Kinda dan Le Meridien sebab lepas check out dari Elaf Kinda, kami menginap di Le Meridien. Tapi tu cerita kemudian nanti lah. Jadi berdasarkan gambar di atas tu, Elaf Kinda ni berada di menara jam, tapi bahagian belakang sikit la. Untuk hotel-hotel yang berada di menara jam tu, Elaf Kinda ni paling murah. RM550/malam untuk jarak ke Masjidil Haram tak sampai 200 meter je ya Allah dekat sangat.


Gambar atas ni pulak gambar sebenar. Dekat kan? Kami umrah bulan 12, sejuk je jalan2 di luar ni. Kadang2 angin kuat juga. 1 lagi kelebihan Elaf Kinda ni ialah dekat dengan Pintu 1 iaitu Pintu King Abd Aziz. Masuk2 je terus dapat sudut kaabah yang untuk mulakan tawaf.

Nak pergi subuh di Masjidil Haram

Selain dari tu, depan Elaf kinda ni banyak kedai makan. Dalam menara jam ni memang lah banyak kedai. Kedai2 depan Elaf Kinda ni juga buat pakej kalau nak bersedekah makanan. Kita bayar je, diorang akan siapkan. Beratur orang nak ambil makanan kat kedai2 tu. Kebanyakannya nampak sangat memerlukan (tak berani nak cakap miskin). Tapi ada juga segelintir yang elok berbaju kemas, siap ber'tag' pakej umrah tertentu pun beratur nak makan free. Adoiiii.... sabar jela... 

Deretan kedai

Jom tengok bilik pulak. Kami bilik double.

Katil

Ruang agak sempit lah juga. Tapi kami banyak spend masa di luar bilik je.

Kelengkapan yang ada


Toilet



Elaf Kinda ni bagi saya sarapannya sangat-sangat basic. Jom tengok apa ada.

Ini saja bahagian makanan
Makanan kami

Rasa kekok sikit makan nasik tak ada lauk, dengan dal je. Bolehlah buat isi perut untuk beribadah. 

Seperti yang saya cerita sebelum ni, saya dan suami buat kerja gila book hotel 2 malam je haha. Lepas 1 malam menginap di sini kami pun decide nak tambah lagi malam di sini. Tapi mestilah full adoiii... haha. So kami buat kerja gila sekali lagi dengan book hotel ni mengikut kekosongan. Kami sepatutnya check out 17 dis, tapi pagi tu check Agoda ada 1 bilik kosong sbb orang dah check out. So kami terus book haha. Dan lepas book kami ke receptionist untuk request bilik yg sama. Untuk book mengejut macam ni, harga of course lah lebih mahal dari book awal. 

Malangnya strategi kami tu tak bertahan untuk 18 Dis. Sebab 19 Dis tu khamis, orang arab dah mula datang ke Makkah. Di sana cuti weekend ialah Khamis dan Jumaat ya.... So jaga2 lah weekend memang full haha. Jadi ke manakah halatuju kami pada 18 Dis? haha. Kami ke Le Meridien. Akan dikongsi di entry akan datang insyaAllah. 

Semoga entry ini membantu anda semua. Terima kasih sudi baca.