Assalamualaikum wbt....
Khamis: 23 April 2015
Pertama sekali saya confuse sikit nama tempat ni, Sg Moroli ke Sg Luanti, Lepas ke Desa Cattle, kami ke Kinabalu Park dulu. Itu next entry sebab nak combine dengan cerita lain. Tagal ni pun tak masukkan dalam tempat yang betul2 nak pergi. Ini back up plan je sebab jauh jugak, 45km dari Kundasang. Tapi disebabkan ada banyak masa lagi sebelum check in hotel, kami pergi jela.
Saya tak dapat nak cari lokasi ni dalam waze sbb tak dapat signal GPS. Tapi mudah nya lah tarikan2 di Kundasang ni, Semuanya straight je jalan.... So far tak sesat kat sana Alhamdulillah. Kami ada berhenti di Petronas selepas Ranau. Tapi tak sempat tengok nama Petronas. Tanya pekerja situla, sebab nak pastikan tak sesat. Memang betulla jalan kami tu, Dari Kundasang tu memang straight je turun ke Ranau. dan straight je sampai lah ke sini. Menghala ke Sandakan.
Total perjalanan dalam 1 jam jugak.
Tiket: RM 5 dewasa / session
Kalau nak mandi 1 badan, RM10.
Makanan ikan : RM2/bungkus.
1 sesi 15 minit je huhu. Masa beli tu tak terfikir nak ambil 2 sesi terus. Orang pun takla ramai sangat masa tu. Lepas beli tiket kami terus dapat masuk. Kalau orang ramai, kena tunggu giliran la. Kat tiket tu ada ditulis nombor giliran. Kena alert la bila nombor kita dipanggil untuk keluar.
tempat menunggu giliran. Tapi sebab tak ramai orang kami boleh masuk terus je |
Tips saya untuk tempat ni, pakai selipar dan bawa seluar spare esp untuk anak2. Anak2 saya ni mencangkung sbb nak pegang ikan, basahla seluarnya.... Kebetulan kami memang bawa beg dalam kereta sbb check out hotel pagi tadi.
Saya memang tak masuk dalam air tu. Sebab takut taknak basahkan baju + cameralady tak bertauliah. Bagi can la anak2 yang enjoy haha... Ikan2 sini pun nampak kebuluran jugak, macam lembu2 Desa Cattle tadi. Yela kalau ikan kenyang, tak merasalah kita dihurung ikan2 ni.
Air kat sungai ni pun cantik, rasa nak terjun mandi je. Pendek kata tak puasla 15 minit sesi huhu. Kalau ada rezeki lagi, beli 2 sesi pulak. 3 sesi takut dengan anak2 saya pun jadi ikan nanti.
Lepas sesi tamat, anak2 dan husband naik pulak jambatan gantung yg ada. Sekejap jela. Lepas tu beli jajan yg ada dan patah balik ke Kundasang. Tapi sebelum tu singgah dulu di Poring Hot Spring. Bersambung....
Terima kasih sudi baca. Layan gambar ajelah ye.
ikan yang banyak gilos |
anak perempuan ku yang macam umi dia jugak. |
yusuff paling berani. dia kata comel ikan2 tu. |
umaar pose apa gitu dik... |
ini dah keluar baru ambil gambar |
No comments:
Post a Comment