Tuesday, May 20, 2014

Travel: Taman Rekreasi Sungai Tekala, Semenyih

Assalamualaikum wbt....

Sebelum ni saya pernah share pasal air terjun serendah dan ulu yam. kali ni kami ke Taman Rekreasi Sungai Tekala pulak. dari Seksyen 7 Shah Alam lebih kurang 1 jam lebih sikit je... menghala ke Kajang dan Semenyih. Tol last kalau tak silap Sungai Long. Bila ikut cakap encik waze, dia ada bawa masuk celah2 rumah orang sikit bila dekat2 nak sampai tu...

GPS Coordinate: 3.058982, 101.873135 kalau tak silap lah ye.... 

walaupun ikut waze, ada jugak terlepas jalan. so kalau ikutkan perjalanan kami yg ada terlepas jalan ni, dalam 4-5 tol jugakla sehala. ish3.....
dah agak akan hujan. tapi redah jugak... hujan sekejap je. tak ada pakguard yang halang pun
 parking sini tak banyak. ada la tempat parking sikit. tapi dalam 20 kereta je kot boleh muat. yang lain2 parking tepi2 jalan tu. sini jalan tak sibuk, bolehla.... dalam gambar atas tu ada gerai2 makan kecil2an. standard la jual nugget, sosej mcm tu. pelampung pun ada jugak

 Meh saya share pasal Tekala ni ye.

1. Surau
sebelah pintu masuk tu ada surau, tapi kami tak singgah pun surau tu. 


pintu masuk. yang bumbung hijau sebelah kiri tu kaunter bayaran

2. Bayaran
Yes, sini kena bayar. tapi murah aje... dewasa RM1, kanak2 RM0.50. Saya dapat diskaun 1 kanak2 free. 

3. Toilet
Toilet pun ada, dekat dengan pintu masuk jugak. tapi kena cross jambatan macam dlm gambar bawah ni



tu yang warna oren tu toilet
ada toilet lelaki dan perempuan, tapi sebelah2 je dipisahkan dengan dinding, boleh je nak ngintai.
dalam toilet perempuan ada dalam 5 pintu. ada yang toilet cangkung, ada shower. tapi 2 pintu tak boleh guna. air bertakung dalam mangkuk tandas. huhuhu.....  

tapi kalau setakat nak salin baju, ada la bilik persalinan kecil2an sepanjang sungai ni. nampak mcm tak ada paip dalam tu.

4. tempat duduk
sini banyak gondola (betul ke nama ni?) gazebo. besar jugak boleh muat 2-3 family. takde apa2 bayaran nak sewa gondola ni. first come first serve.


kiri: gondola, tengah: jambatan ke toilet, kanan: tempat bilik persalinan
digalakkan bawa tikar untuk duduk. sebelah sungai ni tak banyak kawasan lapang untuk bentang tikar. banyak batu dan akar pokok


 5. Mau mandi di mana??
Kalau rajin redah la ke dalam lagi. family saya cukuplah kawasan depan2 yang cetek2 ni. lagipun dekat dengan toilet. anak2 saya ni ada peel suka berak bila keluar rumah.



banyak pokok dan akar2 pokok















abang jumpa gigi dinosaur

banyak akar kan?

  
anak2 sejuk so paut kat abah je

kami kat sini dalam 2 jam je. sebab anak perempuan saya tu dok merengek nak balik. dia lagi prefer swimming pool sebab tak ada batu dan pasir. ish3... budak2 moden. tapi sekali sekala kena dibawa ke tempat mcm  ni. kena explain bezanya ciptaan semulajadi Allah buat dan buatan manusia. yang mana lebih sihat kan....

ok, semoga entry ni membantu. terima kasih sudi baca



5 comments:

  1. kurangnya sikap beretika pengunjung yang tidak membuang sampah di tempat yang disediakan. Memanglah pihak yang menyelenggara taman ini sentiasa membersihkan kawasan air terjun ini TETAPI pengunjung perlu ada rasa tanggungjawab sebab hanya pengunjung sahaja yang tahu di mana mereka membuang sampah. Pihak penyelenggara mungkin tidak perasan di mana mereka membuang sampah.

    Naja (www.bandartasikkesuma.info)

    Bandar Tasik Kesuma merupakan sebuah perumahan yang berhampiran dengan Pusat Rekreasi Sungai Tekala.

    ReplyDelete
  2. Gondola tu bot/sampan.. Tercari2 jugak saya mana sampannya. Rupa2nya tuan maksudkan gazebo ye? Yg mcm pondok tu kan.. Terima kasih tulis entry ni. Tgh cari sungai mana yg sesuai nak buat bbq ramai2

    ReplyDelete
  3. Gondola tu bot/sampan.. Tercari2 jugak saya mana sampannya. Rupa2nya tuan maksudkan gazebo ye? Yg mcm pondok tu kan.. Terima kasih tulis entry ni. Tgh cari sungai mana yg sesuai nak buat bbq ramai2

    ReplyDelete
  4. Salam. Nak tanya.. di tempat ni ada penginapan juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sekitar tempat ni tak nampak ada penginapan.

      Delete