Monday, April 28, 2014

Resepi: Oreo Cheese Ball

Assalamualaikum wbt....

oreo + cheese memang gandingan terbaik untuk penggemar dua benda ni. tak payah bakar pun. simpan dalam fridge bagi sejuk. tapi kalori confirm agak tinggi untuk setiap bite huhu. saya buat ni untuk birthday bash anak kat sekolah. birthday dah celebrate awal2 kat rumah. so buat yg simple saja untuk di bawa ke sekolah. birthday bash memang ramai yg akan bawa kek, KFC dll. so kita ambil jalan selamat, buat oreo cheese ball je. anak pun boleh tolong. so jadi mom-daughter project.

bahan2 nya:
1. oreo - saya guna vanilla dam choc jugak. dalam 1 bungkus setengah. 2 bungkus pun boleh untuk kurangkan rasa cheese tu + bagi kenyal sikit
2. cream cheese -  saya guna brand tatura. 250g
3. cooking choc -  ikutlah nak warna choc or white choc. white choc lebih menyerlah untuk hiasan. tapi saya guna choc biasa sbb tak berapa suka makan white choc
4. apa2 je untuk hiasan. sprinkles, barang lollipop/ food pick. kalau nak bungkus dalam plastik, belila plastik yeeee.....

cara2 nya: (digayakan oleh model anak saya, birthday girl)
1. blend oreo tu sampai hancur. saya guna blender je. memang halussssssss jadinya. inti pun saya tak asingkan. masuk sajaaaaa


masukkan oreo dalam blender dan blend.....

2. pukul cheese. saya guna hand mixer. mcm susah je kalau guna senduk

brand tatura, murah sikit dari philadelphia tu

pukul sampai lembut mcm ni,

3. campurkan oreo tadi dalam cheese dan gaul sebati.

masukkan serbuk oreo tadi

gaul2 guna senduk

4. disebabkan namanya oreo cheese balls, so jadikan lah bentuk balls ye....  
bebola oreo berkeju bahasa melayunya...

5. sangat disarankan untuk simpan dalam fridge dulu sebelum dicelup choc.  dalam 30 minit pun dah ok. mungkin kalau cheese lagi banyak, lagi lama la kena sejukkan. bagi keras sikit so senang nak celup choc

6. cairkan cooking choc. teknik ni saya tengok omputih buat dalam youtube. letak choc dalam balang kaca dan rendam dalam boiling water. saya tak campur susu or butter. 

bekas nutella saya ni kaca ye, bukan plastik.
dah cair.... dalam 15 minit jugakla ambil masa. double boil pun boleh.

7. masa untuk celup dan hias. mesti dilakukan serentak sebelum choc mengeras. so saya celup choc, anak hiaskan. bagi dia happy dan saya pun happy jugak sbb buat 1 kerja saja.

barang2 untuk hiasan. sprinkles dan apa ntah nama bentuk bunga tu. candy kot. paper cup comel dari Daiso. food pick comel pun daiso punya. kalau letak dalam paper cup tak perlu food pick pun. tp saja nak bagi comel.
  

celup dalam choc (guna sudu je), baru masukkan dalam paper cup. then cucuk la food pick tu. 

anak tolong hiaskan. memang dia suka la..... mula2 saya cucuk food pick sebelum celup choc. tp saya tukar kaedah. celup choc baru cucuk food pick lagi senang kot untuk kes mcm saya ni. kalau nak buat ala2 lollipop lain la kekdahnya

dah siap!!!!! simapn dalam fridge balik. esok sebelum pergi sekolah baru keluarkan.

itulah kisah saya dan oreo cheese balls ni... selamat mencuba....

terima kasih sudi baca ye

No comments:

Post a Comment