Tuesday, July 9, 2013

Travel: Gold Coast Resort, Morib

Assalamualaikum wbt....
Gold Coast Resort (GCR) ni ramai sangat2 dah yang pergi. Tapi saya share kan lah jugak. Mungkin ada experience yg lain sikit dari orang lain.

1. Location
Of course la di Morib kan... Saya guna GPS saja. coordinate E: 101 27' 34", N: 2 42' 51"
dalam 5km saja dari PANTAI MORIB

2. Hotel
Saya bayar hotel ni guna online baucer. boleh baca di sini. so masa saya beli baucer tu, harga RM290/night untuk weekend. kalau weekdays dapatlah lagi murah. untuk RM290 tu saya dapat
1 bilik (katil king) + 2 breakfast baucer + 2 dinner baucer + 2 water themepark ticket.  
Tapi saya pergi berlima la, sebab anak 3 orang. so untuk anak2 lainlah bayarannya....
lantai tak berkarpet. so tak perlu risau lepas mandi kolam dengan baju basah.

jacuzzi..... tak digunakan sangat pun. sebab mandi kat theme park je. shower pun ada jugak dalam toilet ni.

bilik menghadap themepark. saya tak request bilik ni. tapi kalau memang nak menghadap themepark, boleh request kot masa book.

ada almari baju, coffee maker, hair dryer. iron tak ada.

channel tv yg standard la. tv1, tv2, tv3. yg lain2 tak pasti sebab tak tengok pun...
barang2 dalam bilik hotel semua untuk dijual ok.... nak beli tub jacuzzi boleh tak??  haha

3. Water Themepark
Tujuan ke GCR ni mestilah nak ke water themepark nya. Tapi bukan FREE ye. untuk yg menginap di hotel, memang dah termasuk dalam harga bilik. so pakej saya dah ada tiket untuk 2 dewasa. untuk anak2 kenala tambah. pada board tiket tu tulis kanak2 2-12 tahun. tapi sebenarnya bergantung kepada ketinggian la. bolehlah ukur di kaunter tu. so anak saya yang kembar tu tak perlu bayar. bayar untuk sorang kanak2 saja. RM35/adult dan RM20/kid. tiket valid untuk 2 hari ye. hari check in dan check out. untuk yang tak stay hotel saya tak pasti pulak berapa hari valid.
ukur tinggi dulu depan kaunter.

nak sewa float RM20: RM10 deposit, RM10 sewa.

harga tiket

themeparknya simple je. banyak slide.



kawasan mandi kanak2. untuk baby ok la. untuk anak2 3 tahun ke atas mungkin agak bosan.


kerusi pusing2. of course kena pusing sendiri la

locker pun ada. tapi blur pulak gambar.
next entry pasal makan2 dan shoping2 di GCR ni pulak ok..... TQ sudi membaca.

1 comment:

  1. Saya kalau kesini yg best tu sbb dpt merasa mandi jacuzi.. hihi

    ReplyDelete