Saturday, June 15, 2013

Tips: Online Deals - Groupon, Streetdeal, Dealmates, Livingssocial

Assalamualaikum wbt...
Saya selalu kata pada kawan saya, "kita di nampak macam khusyuk bekerja. menghadap PC je... tp rupa2nya dok shopping online" hehe.. sekarang ni dah tak perlu nak ke mall kalau rasa nak shopping. banyak benda boleh beli online. ada sesetengah benda tu mmg tak jumpa kat mall, online je ada. 1 lagi, online ni ada banyak deal. ada Groupon, Streetdeal, Dealmates dan Livingsocial. Ada banyak lg sebenarnya. Tp yg 4 ni saya selalu bukalah.
Ada beberapa deals yg sama dalam setiap company ni. ada jugak deal yg sama tp harga berbeza. yg paling penting, ada deals yg tak sama. so rajin2lah buka banyak2 deal company untuk tgk apa yg menarik. sini saya nak share apa yg saya pernah beli dari deal2 ni.

1. Laman Grill (Livingsocial)
Laman Grill ni restoran kepunyaan Chef Zubir masterchef tu. lokasi di seksyen 13 shah alam. deal yg saya dapat masa tu ialah baucer makan RM50, tp dibeli dengan harga RM25 saja. macam dalam 50% diskaun untuk RM50 makan. so kami pergi dalam 10 orang, total harga makanan RM500. Kami guna 10 baucer tu. maknanya, total bayaran kami dikira untuk baucer jela iaitu RM250. best deal ni. tp sekali tu je ada...huhu.
deal dah over.so gambar pun dah hilang warna

2. Power Bank (Dealmates)
Power bank ni gabak saya beli ok. Berat pulak tu. Tp harga RM55 je. dah purchase baru perasan warranty 7 hari je. cehhh! tp sampai sekarang ok lg la. baru 2x kot guna hehe.


3. Periuk Kukus (Dealmates)
Periuk ni antara barang yg saya suka. beli ni masa nak ke HK. konsep dia kukus. boleh masak nasik dan panaskan lauk. sekarang kan banyak lauk dalam tin je. so panaskan je. periuk ni kecik dan ringan pulak tu. serius best. Harga RM68.

4. Baucer Kenny Rogers (Groupon)
Lebih kurang kes Laman Grill td la. Tp kali ni menu tak boleh pilih, memang ikut apa yg tertulis di baucer. RM19.


5. Blue Coral Aquarium+Animal zone (Groupon)
Waktu entry ni ditulis, saya belum guna lagi baucer ni. insyaAllah 2 minggu lagi. dah pergi nanti saya buat entry pasal tempat ni. saya beli baucer ni sebab tak pernah pergi dua tempat ni di KL tower. harga yg ditawarkan pun menarik. saya beli pakej 3 orang untuk masuk 2 tempat ni untuk harga RM42 saja.


6. Pointer Kit (Streetdeal)
Pointer kit ni boleh scroll slide kita atas, bawah, next slide, previous slide dan ada "Pointer " la a.k.a lampu merah tu. RM59.


7. Gold Coast Morib (Streetdeal)
Baucer ni pun belum guna lagi. Tp dah book tarikh sempena 6th anniversary. Dulu2 GCM ni deal lagi murah. RM150 je untuk weekend/day. Tp sekarang ni RM150 tu valid weekday je. Kalau di web GCM ni, weekend tak ada buffet dinner. Tp sempena deal ni, harga termasuk juga dinner buffet walaupun weekend. Deal ni RM290 termasuk bilik+breakfast for 2+dinner for 2+water themepark for 2. Kalau beli di web GCM RM250+tax=RM290 jugak. lepas tu tak ada dinner buffet.


8. Earpick (Dealhunt)
Haaa,,, pengorek telinga pun saya beli. Masa posmen sampai saya tak ada kat rumah, so isnin depan baru boleh collect. Anak2 saya berlainan jenis tahi telinga. Adik kembar tahi telinga cair, so pakai cotton bud saja. Tp si kakak tahi telinga keras. sebab tu lah saya beli earpick ni. ada flashlight lg... Nak kata berpuas hati belum tahu lah sebab tak guna lagi. Harga pun murah RM18 je untuk 3 jenis.


9. Sport Watch (Livingsocial)
Ini untuk memudahkan saya pantau heart beat bila bersenam. Selalunya lepas jogging saya letak jari kat leher, kita heart beat. dah macam doktor tak bertauliah. dengan adanya jam ni, saya letak jari pada jam je. Jam ni baru je sampai 2-3 hari lepas. belum sempat guna untuk bersenam. Harga RM48 je.

Setakat ni, ini sajalah barang2 yg saya beli dari online deals ni. deals ni ada duration dia. kalau sempat dapatlah. kalau tak, tunggu la sampai keluar lagi deal tu. saya paling suka deals berkenaan restoran. tp tak banyak la yg halal. yg pork-free memang ada, tp itu tak menjamin halal kan... 
okla, harap entry ini membantu. terima kasih sudi membaca.


No comments:

Post a Comment