tak lengkap percutian ke disneyland kalau tak merasa bermalam di salah satu disneyland hotel. so kita merasa yg murah jela, hollywood hotel. panjang cerita pasal booking process untuk hotel ni. takpe, kita tengok dulu rupa paras hotel ni..
the room |
tunggu shuttle |
hollywood hotel at night |
2 queen beds |
cute lift |
ok, alkisahnya saya book hotel ni sebelum keluar lagi iklan untuk harga hotel 2013. masa tu nak beli magic access pun tak boleh sebab tak keluar harga 2013 lagi. saya book hotel dan sarapan pun menggunakan borang booking khas. borang ni nak dapat just emel je hong kong disneyland reservation or call je.
so disebabkan magic access dan harga hotel 2013 tak keluar lagi, pihak disneyland potong harga mengikut harga standard iaitu HKD1980 lebih kurang RM800. lepas tu barulah keluar offer 20% diskaun untuk siapa yg book 45days earlier. so dengan senang hatinya saya pun rasa saya akan dapatlah balik duit 20% tu.
nak disedapkan cerita magic access pun saya tak beli sebab saya beranggapan akan dapat 20% tu. kalau ada magic access dapatlah diskaun 15%.
pada hari check in, rupa2nya 20% tu tak boleh digunakan pada tarikh saya book tu sbb 20% tu dibuka untuk hotel2 yg belum fully booked. masa saya menginap tu 30/1/2013, hotel tu fully booked so takdelah diskaun.... frust!!!!
saya pun kata oklah, saya nak beli magic access dgn harapan untuk dapat 15% diskaun. sekali magic access pun FULL!!! apakah???? frust lagi... telan air liur jelah duduk hotel tanpa diskaun...huhuhu. itu jelah kisah sedih saya dengan hotel ni. yg lain2 ok je...
entry seterusnya pasal breakfast with characters pulak di enchanted garden restaurant disneyland hotel.
salam.. magic access tu ape ye..
ReplyDeletesorry baru perasan komen. magic access tu macam privilege card. ada banyak level. paling murah silver. dapat la 5% kot masa shopping. tapi buat kira2 betullah ye. adakah berbaloi menggunakan magic access ataupun tiket biasa. magic access tu jugak boleh masuk disneyland untuk 1 tahun kalau tak silap.
ReplyDelete