Wednesday, August 8, 2012

Travel - Dream World, Bangkok

Salam.
Percutian ke Bangkok ni dah lama, iaitu pada julai 2011 (dah setahun...). salah satu tempat menarik yg saya pergi ialah Dream World. Dream World ni kami pergi pada hari khamis. memang takde orang! best!
Hotel saya menginap adalah di kota Bangkok. Dream World ini pula lebih kurang 1jam perjalanan dari hotel saya. Di sini saya nak share beberapa fakta penting mengenai Dream World ni.
Dream World Entrance


1. Tiket dan Transport
Di sini ada servis untuk book tiket+transport pergi balik.harga juga berpatutan, iaitu RM85 untuk ketinggian 90cm ke atas. Driver akan pick up kita pada hotel kita menginap, dan hantar balik pada tempat yg sama. 
Dalam kes saya, driver pick up pada hotel lain yg bdekatan. mungkin sebab saya duduk budjet hotel, dia tak tahu nak cari.
Pakej yg saya ambil ni, driver akan bagi masa 5 jam utk explore Dream World ni. insyaAllah cukup. Dia pick up @9am, sampai sana @10am, balik @3pm


2. Makanan
sebelum ke bangkok, saya dah survey pada web JAKIM (?) Thailand, KFC di sana semuanya Halal. dalam Dream World ni ada KFC, alhamdulillah... tp entah kenapa tekak ni susah nak terima sikit KFC saya. tapi telanla jugak...
terima kasih juga kepada Lynn sebab banyak sangat2 info beliau mengenai makanan halal di bangkok.

3.Love Garden
bila masuk je dari entrance, kita akan disambut dgn Love Garden yg sgt Lovely. MasyaAllah sangat romantik! tapi masa kami sampai tu, hujan sikit, jadi susah la nak bergambar. 
dalam love garden ni ada kerusi, kereta dll yg kita boleh duduk utk bgambar.


4.Garden-Apa-Entah
disebabkan tour kami ni pada setahun yg lepas, maka tak ingatlah nama garden ni. mungkin juga sebahagian dari Love Garden tadi. Dalam garden ni, ada ukiran2 patung, haiwan dll yg juga sesuai untuk bgambar. ditambah pula dgn cuaca selepas hujan, mmg mood romantik tu menggunung! ada ukiran Gajah, Superman, Badak, James Bond,...banyak lagila. saya letak 2 jela ok.



5. Giant House
Ini adalah antara tarikan yg saya sgt2 suka. seolah2 kita berada di dunia yg lain, dan kita adalah makhluk yg kecil..kita akan memasuki bilik tidur Giant, yg dalamnya ada meja makan, kasut, penyapu, pinggan mangkuk dll yg saiznya lg besar dari kita.



6.Fantasy Garden
ok, kalau tak silap, nama garden ni Fantasy Garden la ok... (lupa betul!). Dalam garden ni ada rumah ahli sihir hansel and gretel, rumah kasut, sleeping beauty castle (kecik je), titan the giant, kuda cinderella dll. 


titan the giant

7. Snow House
Pakej yg saya ambil ni juga termasuk sekali untuk Snow House. tp of course snow walk i-city shah alam better. alang2 dah masuk dlm pakej, masuk jela kan. cuma baju sejuk yg ada tu tak sesuai utk kanak2. besar sgt. kasut but juga disediakan. saiz snow house ni kecik je. ada juga 1or 2 ride tapi tak semangatla nak naik dengan bawa anak2 kecik kan...

8.Ride2 yg lain
Dalam Dream World ni juga ada beberapa ride lain yg sesuai utk 1family. macam kita masuk genting, semuanya ada free sebab kita dah bayar dalam pakej tadi. Ada roller coaster (sebelah KFC), ada splash, minitrain, monorail, kereta utk kanak2 dll.




Finally, sila layan gambar toilet signage Dream World.
muka sakit perut

Semoga membantu!

No comments:

Post a Comment