Bahan2:
1. 3 sb gula
2. 4 keping roti gardenia
3. 3 biji telur
4. 2 cawan air suam
5. 1 cawan susu pekat manis (next time nak cuba susu cair, sebab manis sangat)
6. 1 st esen vanilla
Cara2:
1. gula hangus:
-masukkan gula dan 1 sb air dalam loyang.
-panaskan atas api sederhana, sampai muncul kekuning2an.
-masukkan lagi 2 sb air. kacau2 dan biar sampai jadi perang
-jangan biar lama sangat didih sebab nanti jadi pahit.
2. carik2an roti. masukkan dalam blender. tak perlu buang kerak.
3. pukul telur2 tadi. guna garfu je. lepas tu tapis dan masukkann dalam blender.
4.masukkan bahan2 lain ke dalam blender.
-untuk air suam, saya masukkan 1 cawan air panas, 1 cawan air masak biasa.
5. blend bahan2 tadi.
6.masukkan dalam loyang yg ada gula hangus
7.kukus 45min.
sumber resepi asal: sini
No comments:
Post a Comment