Puding roti dgn sos kastard yg mabeles! |
Bahan-bahan A
- 8 keping Roti (selalunya saya letak lebih, dalam 10 keping. supaya lebih padat.)
- 500 ml Susu segar (pernah juga saya gantikan dengan susu sejat.alhamdulillah menjadi.guna susu UHT pun pernah, tp xberapa gebu sangat)
- 4 sudu besar Gula halus
- 2 sudu besar Butter- cairkan
- 2 biji Telur
- 1 sudu teh Esen vanilla
- 1 sudu besar Tepung Jagung
- 1 sudu kecil serbuk cinnamon (tak pernah letak)
- 2 sudu besar Kismis (tak pernah letak)
Bahan-bahan B
Untuk Sos Kastard
- 1 tin susu cair
- 2 s/b tepungkastad
- 2 s/b gula
Cara-cara
- Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
- Gaul rata bahan-bahan A (2-8) dan tuang ke atas roti tadi.
- Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
- Taburkan kismis diatas adunan.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
- Untuk membuat kuah sos kastad - Campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Tahap kepekatan ni berganting kepada selera kita. kalau biar lama, akan semakin pekat macam dalam gambar saya tu.
tambahan:
1. butter yg dicairkan tu saya letak last sekali. sebab kalau letak awal2 dan panas, telur tu macam dah jadi masak sikit.
2. roti dan sos tu saya sejukkan dulu dalam peti ais. tpi bgantung jugakla kita suka makan sejuk2 or panas2.
ok, happy baking!
No comments:
Post a Comment