Fakta2 ini saya dapat dari cekodok.com, sususejat.com dan com com yang lain.
1. Kalori
Ini yang paling penting dalam nak kuruskan badan. kita perlu tahu
- berapa kalori harian yang badan kita bakar (kadar metabolisme+aktiviti2 yang dilakukan)
- berapa kalori harian yang badan kita ambil
- kalori defisit: kalori masuk - kalori keluar
banyak blog yang ada online calculator. salah satunya blog sususejat.com.
saya tunjukkan contoh pengiraan untuk diri saya yang seberat 55kg ni.
2. Metabolisme
kadar metabolisme dah dikira dalam kalkulator diatas, iaitu sebanyak 1246 kcal.
itu yg badan saya bakar secara semulajadi. tapi bila saya ada aktiviti tambahan seperti tidur lebih sikit, main kejar2 dgn anak, drive jauh2, kalori terbakar akan bertambah.
3. kadar denyutan jantung
saya dapat tahu perkara ini bila ada seorang fitness trainer yg tegur heart beat saya laju sangat masa saya tgh atas treadmill. barula saya tahu ada had heartbeat rupanya. saya pun mulalah menggoogle.
maximum heartbeat = 220 - umur = 220 - 29 = 191
so maximum heartbeat saya ialah 191. kalau lebih, dah jadi heart attack kot. TAPI... heartbeat yg sesuai untuk membakar lemak ialah 60%-80% dari heartbeat max tadi.
0.6*191 to 0.8*191 = 114.6 to 152.8
maknanya bila saya bersenam, saya kena pastikan heartbeat saya antara 114.6 hingga ke 152.8. kalau kurang dari 114.6 tu, bukan bersenam namanya, itu lenggang kangkung..hehe
mungkin ini faktornya berlari akan membakar lebih banyak kalori dari berlenggang...betul tak???
4. Isi perut untuk tambah tenaga bersenam???
ok, ini pun fakta yg amat penting. fakta ini jugak membuatkan saya lagi suka bersenam pagi berbanding petang.
a. lemak adalah benda ke-4 yang terbakar selepas air dll (tak ingat apa nama dia)
b. untuk sampai ke lemak, sekurang2nya 20minit senaman kardiovaskular diperlukan (berlari, basikal, dll)
c. syarat (b) hanya dipenuhi jika kita tidak mengambil karbohidrat dalam masa 5 jam sebelum senaman. kalau kita dah pekena nasik lemak 30min sebelum bersenam, sila berlari selama 3 hari ye.. hehe. maknanya, kita perlukan lebih dari 20min tula untuk sampai ke pembakaran lemak.
gambar dari encik wikipedia |
d. sila minum segelas air, dan makan sekeping biskut yg berkhasiat lebih kurang 1jam sebelum bersenam. sebagai ajen pembakar lemak. kalau makan 5min sebelum bersenam, rasa sakit pulak perut kan.
ok, tips2 lain akan bersambung next entry.
semoga membantu!!
No comments:
Post a Comment