Monday, July 9, 2012

Tips: Genting Highlands

Macam yang semua orang maklum, Genting Highlands memang sangat padat dengan pengunjung tambah-tambah on weekend dan cuti sekolah. So saya share di sini amalan2 (hihi) saya bila nak ke Genting.




1. Jangan pergi weekend/cuti sekolah.
tapi tips ni mungkin susah untuk orang yg susah dapat cuti.
kalau pergi time ramai2 ni banyak masa terbuang beratur je kan.


2. Beli tiket online.
Saya plan nak bermalam di Genting. So book tiket melalui http://www.rwgenting.com.
Book hotel melalui web ni, dapat 10% untuk tiket themepark. So jimat la sikit kan.
lagi 1, kita tak perlu beratur nak beli tiket. terus je ke pintu masuk, tunjuk slip dan IC.

3. plan awal
Yg ini pun susah jugak nak diamalkan sbb belum tentu dapat cuti pada tarikh yg kita plan tu,.
Tp takpela, sediakan plan A,B,C-Z. memang 1 minggu tak buat kerja lain, dok plan A-Z jela.
sbb apa kena plan awal? sebab hotel di Genting/Gohtong memang cepat habis. 
yg budjet hotel mungkin ada. itu jadi last choice la kalau mmg last minute plan.

4. makanan
makanan dlm genting ni agak mahal tp xla mahal sangat.
contohnya sosej goreng biasanya tepi jalan RM1, tp dalam genting ni RM4.
Tp yg bestnya takde geledah2 beg mcm nak masuk Water Park dll. so bawakla makanan kalau rajin.
Cuma yg saya perasan, bila hati gembira, perut xlapar la pulak...

5. Hotel yg berbaloi
Hotel popular di Genting ni semestinya First World dan Theme Park Hotel. Syok sejuk2 kan.
Tp hotel2 ni jugak plg cepat Fully Booked sbb walking distance je dengan themepark.
so as an alternative, bolehla ke Awana, or Seri Malaysia, or Gohtong Jaya.
Ketiga2 hotel ni area Gohtong, kurang sejuk berbanding atas.
Tapi hotel2 ni dekat dgn kedai2 makan, strawberry park, dll.
Saya 2x duduk awana mmg sangat berbaloi sbb:
- bilik superior deluxe - 2 queen bed - RM216 sahaja
- ada 4 swimming pool - dewasa, kanak2, jacuzzi, remaja (kot sbb ada slide)




So semoga tips kecil2an ini mbantu. kalau ada apa2 nak ditanya, silakan.


No comments:

Post a Comment