memang kreatif ibu2 jepun ni. saya yang tak berapa kreatif ni hanya tertarik pada alat2 yg mereka gunakan sahaja.
kalau di shah alam ni, ada 2 tempat yg jual barang2 bento ni.
1. Daiso
2. 100yen
Daiso selalunya ada dalam mall. macam di AEON bukit tinggi, Sunway Pyramid, The Curve. Barang2 dia majoriti RM5. tapi ada jugak yg harga lebih dari tu.
100yen pulak selalunya kedai sendiri. kalau di shah alam setahu saya ada di Kota Kemuning, dan seksyen 19 shah alam (dalam kedai hardware tu).
So layanlah gambar koleksi alat2 bento saya setakat ini. Ada lagi yg belum ambil gambar.
nasi ayam dgn food pick haiwan |
food pick, acuan telur rebus, pemotong roti, acuan pancake |
pancake menggunakan acuan dan food pick transport |
telur rebus aneka bentuk menggunakan acuan |
1. rebus telur sampai betul2 masak
2. kupas kulit panas2 (kupas bawah air paip pun boleh)
3. masukkan telur dalam acuan dan tutup
4. rendam telur (dlm acuan tadi) ke dalam air sejuk
langkah 4 tu selalunya air tu saya sejukkan dalam freezer sementara telur direbus.
nugget dan fries dgn foodpick transport |
pinggan yg dibeli dari Daiso, dan nasi ayam yg dibentuk menggunakan acuan. sudu dan garfu IKEA |
selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment