Monday, May 6, 2013

Tips: Demam Denggi

Salam semua.... buat pertama kalinya saya kena demam denggi. so saya rasa nak share pengalaman saya. sebelum tu ada beberapa fakta yg saya nak nyatakan dulu.
1. penghidap denggi akan lebih terdedah untuk dijangkiti denggi lagi
2. penghidap denggi tak semestinya warded
3. denggi tiada ubat (katanya....). tp ada lah ikhtiar yg boleh dilakukan.
4. denggi dan kena ambil darah ada bagai irama dan lagu
5. bila demam berterusan, silalah ke klinik dengan kadar segera. sbb bila badan dah sihat tu sebenarnya platlet dah turun tanpa sedar.

saya dapat kesan demam denggi ni awal. so tak sempat nak keluar tanda bintik2 merah tu. sakit2 sendi pun tak ada. tanda2 yg saya dapat:
1. demam 5hari. tapi suhu tak sampai 40C. makan panadol rasa kebah, tp sebenarnya tak sbb suhu tetap 38C.
2. saya demam sahaja tanpa batuk dan selsema. so Dr kata itu tanda2 virus, bukan bakteria.
so pada awalnya saya memang malas nak ke klinik. saya jarang demam. kalau demam rawat sendiri je mcm minum air masak, air asam jawa. panadol pun mmg xmakan. tapi kali ni Allah bukakan hati saya untuk ke klinik. Alhamdulillah....
seperti manusia normal yg lain, saya juga takut jarum walaupun dah beranak tiga. tapi demi kesihatan diri, saya relakan darah diambil. ini result darah saya
result darah untuk 5 hari berlainan
Dr akan tengok pada platlet (PLT) dan HCT tu. tak tahulah HCT utk apa. tp PLT tu menunjukkan sel untuk bekukan darah merah. bacaan normal adalah 150+. so pada first day tu bacaan saya 161. Dr dah syak virus tp belum confirm denggi. so keesokannya saya perlu ambil darah lagi utk tgk PLT turun ke tak. first day ni bukan first day demam ye... dah hari ke-4 or ke-5 demam mcm tu. ni first day jumpa Dr.

Hari ke2 jumpa Dr tu demam dah kebah. dalam hati 50-50 nak pergi ambil darah (DEGIL!). tapi pergilah jugak. sbb virus tak semestinya denggi. so PLT utk 2nd day dah 138, dah below 150. ok, sila datang ambil darah lagi esok ye.......

hari ke3 PLT 100 saja. kalau ikutkan below 100 kena warded. so saya atas pagar. balik tu terus ke giant beli ketam nak buat sup. tp dah petang, tinggal ketam yg tak ada isi. saya beli ketam bunga masa ni. rebus dengan air yg banyak dan hirup sup sambil gigit2 kulit ketam (isi tak hado maaaaaa...). ketam ni saya beli 1kg=RM6.79 je.

hari ke4 pergi cek darah dgn redhoooo.. kalau warded terpaksa la kan. sbb saya baca kalau hosp gov, PLT 50 baru warded. kalau swasta 150 dah bleh warded kot. selagi tak sampai limit tu, silalah ambil darah setiap hari. so berkat sup ketam PLT naik 114. sebenarnya selain sup ketam, saya minum air masak dengan banyak+100plus. kalau 100plus saja takut kena kencing manis pulak. so selang seli dengan air masak. mungkin 1L 100plus, 1.5L air masak kot. lebih kurang la.... Alhamdulillah PLT naik. Dr tanya nak warded tak. confirm la taknak.... anak sapa  nak jaga huhu. tp hari ke4 ni jugakla saya disahkan DENGGI.... cuma tak warded sbb PLT improved.Dr suruh datang cek darah 2hari lagi. operasi mencari ketam diteruskan. beli ketam nipah 1kg=RM22. mmg tak lalu tengok ketam. kalau masak lemak cili api sedap la. tp sup ketam susah diterima tekak.

hari ke6 PLT melonjak ke 183. alhamdulillah syukur sangat2.... Dr kata ini dah considered recovered dah. so berakhirlah sesi denggi saya. bintik2 merah mmg tak ada sbb PLT cepat naik. cuma gusi berdarah tu adalah wpun dah naik 114 (still bawah 150). tetiba je darah keluar dari gusi2 geraham. so jadi la raja bersiong untuk 2 hari, asyik telan darah je.

1 lagi bacaan adalah HCT. Dr kata untuk perempuan, normally bawah 40. penerangan Dr saya tak berapa ingat. tp nak turunkan bacaan HCT ni kenalah minum air banyak2....

itu saja perkongsian pengalaman saya berkenaan denggi ni. wpun org kata denggi tak ada ubat, tp langkah awal dan cepat perlu diambil utk elak denggi menjadi teruk. wallahu a'lam..

terima kasih kerana sudi baca,

28 comments:

  1. salam...saya ada penyembur serangga (nyamuk) yang dapat mencegah kehadiran nyamuk ... layari blog saya http://qaizashop.blogspot.com/2013/06/masalah-serangga-di-rumah.html

    ReplyDelete
  2. salam...thanx 4 da sharing ni...my suami suspect denggi gk tu...temp.39++.semalam dah minum air n 100+ tp pLT trun jgk ari ni...wisau gk...then ari ni gk bli ketam nipah tu...harap2 esok naik la pletlt tu...insyaAllah doakan ye...thanx so much

    ReplyDelete
  3. Salam... thank untuk tip tu, saya sekarang dah 4 hari dmam, dh dua hari p klinik.. tadi Dr sahkn saya kena denggi, smlm PLT sy 118, harini dh trun 105... demam mcm dh ok, tp plt lak turun... anyway thank eik... skrg msi untuk cri kdai yg ada sup ketam...

    ReplyDelete
  4. Klu bg lelski tau x brp bacaan normal utk HCT

    ReplyDelete
  5. time kena denggi .....dtg menstrual x secara tiba2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak period masa tu. tapi Dr ada cakap kalau period ada probability keluar darah banyak dari biasa.

      Delete
  6. TQVM kerana kongsi pengalaman yang berguna sebegini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. saya masa kena denggi pun banyak google untuk petua dll. jadi saya pun rasa terpanggil untuk share pengalaman saya. harap dapat membantu org lain.

      Delete
  7. Assalamualaikum.
    Kak...baru2 ni saya dh dmam. Ingt denggi tp x. Lepas dmam batuk teruk seminggu. Smlm cirit birit...rasa xsalah mkn. Pg ni cam nk dmam n sakit seluruh bdn kt sendi2. Saya prnh kena denggi tp dgn bntik2 merah.. Skang xda lg.. .patut g spital terus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt
      saya tak berani nak bagi pendapat. takut salah pulak. kalau ikutkan cirit birit and batuk tu bukan tanda2 denggi. tapi better jumpa Dr lah ye, buat ujian darah. semoga semuanya selamat. amin...

      Delete
  8. Thanks for sharing.situasi sy anak demam, muntah, cirit..panas sgt mkn ubat temp xturun sgt..g klinik doc taknak ambik darah selagi belum 3 hari..


    Sup Ketam Penawar Demam Denggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga anak cepat sembuh ye. Banyak2 minum air supaya x dehidrated

      Delete
  9. Nak tanya rebus ketam sahaja atau bolih letak bawang serai dll ya. Kalau rebus kosong tentu rasanya teruk. Tapi kalau blh letak serai bawang sedap sikitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masak macam masak sup. Letak perencah sup dll hehe

      Delete
  10. SALAM, KALAU ANAK BWAH 1TAHUN..CAMNE PULAK YER?/
    STILL BOLEH BAGI SUP KETAM KER??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rujuk doktor dulu la ye. perut budak2 ni tak sama macam perut kita. masa saya kena dulu, doktor offer untuk masukkan air melalui tiub. so tak perlu minum air banyak2. mungkin boleh cuba cara tu. semoga cepat sihat ye

      Delete
  11. Ye betul. semua pihak perlu memainkan peranan.

    ReplyDelete
  12. As Salam. Jika kena denggi ubatnya hanya lah sup ketam, iaitu ketam direbus brsama kulit, isi x penting.ubat yg lain (Panadol dan ubat demam yg klinik bg) semua tu x penting, x amek pon x apa.

    ReplyDelete
  13. GERAM betul saya dgn nyamuk aedes ni..sama2lah kita jaga anak2 kita sbb kalau denggi kena pada kanak2 lebih bahaya..kes denggi berdarah kanak2 paling tinggi..

    moga kita dijauhkan dari demam denggi ni ye..banyakkan makan buah2 yg kaya dgn vitamin utk kuatkan imun kita tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. saya bersyukur sebab yg kena tu saya. mohon dijauhkan la dari kena pada anak2. terlalu kecil untuk faham

      Delete
  14. Assalamualaikum kak. Boleh saya tahu tak kuantiti sup ketam yang akak minum ? Banyak ?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak..boleh saya tanya ? Kalau HCT : 35.0 PLT : 413+ maksudnya apa ? Sample tulis POSITIVE DIFF MORPH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya pun dah tak ingat, tak berani nak jawab. mohon rujuk Dr ya

      Delete
  16. Macam saya ni doktor ambil darah semalam lepas tu keputusan keluar...First dia kata kemungkinan saya kena denggi...Saya mula risau sangat...Tapi semalam doktor kata tunggu 20 minit...Saya ikut jelah...Lepas 20 minit,doktor sahkan negetif...Tapi dia suruh saya datang lagi dekat klinik untuk pemautauan...Jadi saya datanglah hari ni...Suhu badan dah turun...Tapi nanti saya kena pergi pula...Kerisauan saya memang buatkan saya takut...
    Akak saya nak biasanya kalau ambil darah hanya 3 kali kan?

    ReplyDelete
  17. Cool and that i have a neat offer: How Much Budget For House Renovation house renovation permit

    ReplyDelete